Terkini

Pulau Pinang pinjam 200,000 dos vaksin Covid-19 dari Selangor

Georgetown – Selangor bersetuju dan berbesar hati meminjamkan 200,000 dos vaksin Covid-19 kepada kerajaan Pulau Pinang.

Ini bertujuan bagi memvaksin penduduk di situ yang masih belum menerima suntikan lagi.

Pulau Pinang mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Exco Kesihatan Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud dan klinik SelCare atas kelulusan dan penghantaran vaksin itu.

Exco Kesihatan, Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Norlela berharap semua penduduk Pulau Pinang menerima dos pertama vaksin Covid-19 mereka pada minggu pertama bulan September.

Melalui data, seramai 225,226 penduduk Pulau Pinang masih belum menerima suntikan dos pertama vaksin.

Tambahnya, daerah Seberang Perai Tengah yang merupakan tumpuan peningkatan kes Covid-19 di Pulau Pinang, mempunyai 76,000 orang yang belum menerima dos pertama. Selain itu, 75,000 hingga 80,000 lagi pekerja di kilang-kilang kecil yang telah mendaftar dengan Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga masih belum menerima suntikan vaksin.

Berdasarkan kajian analisis yang dilakukan oleh PhD Mathematics dari Stanford, Dr David Benjamin Lim, Norlela berkata, kilang dan tempat kerja lain telah menyumbang 70 peratus jangkitan Covid-19 di Pulau Pinang sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) 3.0.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: