Terkini

Mycar santuni pekerja gig-ekonomi

Putrajaya – Sebagai salah satu usaha kebajikan, penyedia perkhidmatan E-hailing, MyCar turun padang membantu pekerja gig-ekonomi dan petugas media yang terkesan pendapatan berikutan pandemik Covid-19.

MyCar menyerahkan sumbangan barangan keperluan asas seperti beras, minyak, tepung dan sebagainya kepada 400 penerima.

Ketua Pegawai Eksekutif Mycar, Mohd Noah Maideen berkata, pihak MyCar akan sentiasa prihatin dan berusaha membantu terutama pemandu dan petugas media yang terjejas.

Ini kerana kejayaan MyCar bertitik tolak dengan promosi dan publisiti media yang banyak membantu serta usaha pekerja gig-ekonomi yang sentiasa menyokong secara langsung dan tidak langsung dalam perkembangan industri e-hailing.

“Mycar sentiasa bersama para pemandu e-hailing untuk membantu kerana kita memahami cabaran ketika pandemik menyebabkan ramai yang terkesan.

“Antara penerima pada hari ini juga antaranya ada yang kehilangan pekerjaan, dan pasti ia satu perkara yang sukar pada masa kini, sumbangan bakul makanan ini diharap dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung” katanya.

Tambahnya lagi, Mycar kini hanya mengambil komisen tambang sebanyak 5 peratus sahaja di masa pandemik ini untuk membantu para pemandu.

“Pada masa ini, kami hanya mengambil 5% sahaja dan ini merupakan jumlah yang paling rendah berbanding syarikat e-hailing lain untuk membantu pemandu agar tidak merasa tertekan di waktu pandemik ini”

“Kami juga harapkan apabila sektor ekonomi kembali dibuka secara berperingkat ini, kita mampu kembalikan 600,000 operasi perjalanan seperti sebelum ini” jelasnya dalam sidang media di Putarajaya Sentral.

Beliau turut berharap para pemandu e-hailing dan pengguna terus menyokong Mycar untuk merancakkan kembali ekonomi.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa bin Mohamed bagi melancarkan pemberian sumbangan ini.

“Kita harapkan ekonomi terutama sektor e-hailing dapat ditingkatkan semula apabila kelonggaran SOP terutama pelancongan mula dibuka.

“Ini perlu agar pemandu-pemandu dapat kembali mencari rezeki seperti sebelum ini dengan SOP yang ditetapkan MKN” katanya.

Jelasnya lagi, melalui kajian dari MDEC pada tahun 2019, sektor gig-ekonomi mampu dirancakkan dan meningkat dua kali ganda.

Secara langsung, membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dalam persekitaran ekosistem yang sihat.

“Untuk e-hailing, semua pihak termasuk Kementerian Pengangkutan perlu ambil peluang tingkatkan gig-ekonomi dengan syarat yang tidak terlalu ketat.

“Saya yakin dengan pelancaran Digital Economy Blueprint serta peningkatan e-commerce, ia mampu membantu sektor ini” tambahnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: