Terkini

Yayasan Peneraju fokus lahirkan belia menepati keboleh pasaran industri

Kuala Lumpur –  Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) komited dalam memastikan golongan bumiputera terutamanya tidak ketinggalan dalam mengikuti tren pasaran kerjaya pada masa kini.

Mengulas mengenai perkara itu, Ts. Mohd Muzzammil Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, berkata bahawa Yayasan Peneraju merupakan salah satu badan penaja utama yang melahirkan Bumiputera bertauliah dan berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang yang menepati permintaan industri selari era revolusi digital dan IR 4.0.

“Para belia harus berani adopt dan adapt dengan tren perubahan lebih-lebih lagi dengan cabaran dunia norma baharu dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran pekerjaan, dalam fasa kehidupan dari pandemik ke endemik, keboleh pasaran pekerjaan juga turut berubah dan belia harus lebih kehadapan” katanya.

Beliau turut menambah, Yayasan Peneraju pada tahun 2021 telah mengorak langkah untuk seiring pasaran dengan program peneraju teknologi meliputi kursus analisis data besar, Cloud solution, keselamatan siber dan AI & blockchain selain program peneraju profesional dan peneraju spesialis.

“Jumlah siswazah yang menganggur didapati meningkat kepada 200 ribu seluruh negara dan ini merupakan satu angka yang membimbangkan.

“Fokus Yayasan Peneraju kearah memastikan belia tidak keciciran dan kumpulan sasar kami bukan sahaja dari peringkat sekolah sahaja namun kepada golongan telah berkerja dan yang hilang pekerjaan” jelasnya.

Antara pengisian program merangkumi pemupukan dan pembangunan NDP (Nature Develop Programe) yang meliputi 5 aspek penekanan kemahiran kepimpinan, kemahiran membuat keputusan, kemahiran komunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran berfikir.

“Setiap tahun kita lihat persaingan graduan dalam pasaran kerja, CGPA yang baik sahaja tidak mencukupi. Apa yang penting adalah, apa pakej yang dibawa oleh seseorang itu dan disini pentingnya hard skill dan soft skill dalam menepati permintaan industri.

Jelasnya, Yayasan Peneraju sentiasa memastikan kerjasama rapat dengan pemain industri seperti kejuruteraan logistik, offshore, kewangan, aeroangkasa, perakaunan, industri data besar (big data) dan sebagainya. Ini sebagai faktor meningkatkan taraf pekerjaan para belia sejajar perkembangan semasa dan keboleh pasaran.

“Kita tak boleh jangka apa yang akan berlaku pada masa akan datang, jadi pentingnya kemaskini kemahiran diri, cara berfikir juga harus berbeza disamping teroka kemahiran baru agar belia yang ada sekarang tidak terlepas dari tren semasa” katanya dalam Persidangan meja bulat yang memfokuskan cabaran ekonomi belia secara maya dalam aplikasi zoom.

Muzammil turut berharap semua pihak khususnya kerajaan memberi penumpuan kepada kelangsungan dalam mempertingkatkan keupayaan dan keboleh pasaran modal insan dalam memastikan belia Bumiputera memenuhi peluang pekerjaan dalam pasaran industri.

Sehingga ogos 2021, Yayasan Peneraju telah menaja 40,546 penerima faedah dan mencapai 90% penempatan pekerjaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: