ELLA-1024x576

Peminat Ratu Rock negara, Ella, perlu mengambil maklum bahawa konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Homecoming Edisi 60 Permata Biru kini akan berlangsung di Setia SPICE Arena, Pulau Pinang pada 22 Ogos 2026, berbanding tarikh dan lokasi yang diumumkan sebelum ini.

Menurut Hitman Solutions dan Rockqueen, perubahan itu dibuat bagi memastikan pengalaman konsert yang lebih selesa, berkualiti dan bermakna buat peminat yang bakal menyaksikan kepulangan istimewa Ella ke negeri kelahirannya.

Pengalaman Lebih Imersif Buat Peminat

Pemilihan Setia SPICE Arena dilihat sebagai pilihan terbaik kerana menawarkan susun atur yang lebih dekat dengan pentas, sistem akustik yang lebih baik serta perlindungan daripada faktor cuaca.

Lebih istimewa, venue tersebut mempunyai nilai sentimental tersendiri kerana pernah menjadi lokasi konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota yang menghimpunkan lebih 14,000 peminat suatu ketika dahulu.

Tarikh Baharu, Tiket Kekal Sah

Menurut penganjur, perubahan lokasi turut didorong oleh permintaan peminat yang mahu merasai semula kemeriahan konsert di venue berkenaan.

Walaupun tarikh asal yang dirancang adalah pada 25 Julai 2026, faktor ketersediaan venue menyebabkan 22 Ogos dipilih sebagai tarikh baharu.

Bagi pemegang tiket sedia ada, tiket yang telah dibeli kekal sah dan akan dipindahkan secara automatik ke tempat duduk setara tanpa sebarang kos tambahan.

Ramli Sarip & Ziana Zain Turut Sertai

Menambahkan keterujaan, konsert sempena ulang tahun ke-60 Ella itu bakal menampilkan Datuk Ramli Sarip dan Ziana Zain sebagai artis jemputan istimewa, manakala beberapa lagi nama akan diumumkan dalam masa terdekat.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading