Terkini

Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak perlu diwujudkan

Kuala Lumpur – Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial telah mengadakan mesyuarat yang ke-2 pada tahun ini.

Dipengerusikan oleh Dato’ Sri Azalina Othman Said dan dari mesyuarat tersebut, beberapa penetapan telah dilakukan dengan menambah baik beberapa cadangan.

Dalam perbincangan tersebut, cadangan memberi kewarganegaraan melalui kuatkuasa undang-undang kepada kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing, serta membatalkan tafsiran awal yang menetapkan kewarganegaraan kanak-kanak yang diberikan berasaskan status bapa warganegara Malaysia sahaja.

Ini selaras dengan usaha Kerajaan kearah pemeliharaan dan perlindungan hak golongan lelaki dan wanita serta
menjamin hak kanak-kanak untuk identiti diri terutamanya apabila melibatkan masa depan kanak-kanak berkenaan.

Sehubungan itu, jawatankuasa memohon perhatian daripada Kerajaan bagi meneliti semula peruntukan yang
sewajarnya dalam usaha penambahan perjawatan dan pengoperasianBahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak Jabatan SiasatanJenayah, Polis DiRaja Malaysia (D11).

Ini termasuklah pertambahan perjawatan dan pengoperasian D11 di negeri-negeri dan daerah bagi
mengendalikan kes-kes berkaitan jenayah seksual dan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak.

Selain itu juga, mahkamah jenayah seksual terhadap kanak-kanak wajar diperluas ke setiap negeri dalam memastikan usaha yang berimpak tinggi dan memberi kesan yang ketara.

Bagi memastikan pembelaan terhadap kanak-kanak yang berfokus, komprehensif dan efisien satu Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak juga perlu diwujudkan.

Suruhanjaya ini akan menjadi satu badan yang bebas dan tidak tertakluk di bawah mana-mana Kementerian, Jabatan dan agensi Kerajaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: