Terkini

Kerajaan pertingkatkan kempen eksport buluh

Kuala Lumpur – Prospek industri buluh dijangka cerah dengan lebih tiga bilion masyarakat dunia dianggarkan bergantung secara ekonomi terhadap penggunaan buluh, pada masa hadapan.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin merasmikan sambutan Hari Buluh Dunia 2021 yang ke-10 dengan melancarkan pelbagai program dan aktiviti berasaskan buluh.

Kesemua program telah dirangka sepanjang September dan sambutan pada kali ini diadakan secara maya mengambil kira situasi semasa pandemik COVID-19.

Justeru, Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Negara 2021-2030 yang merupakan kesinambungan pelan 2011-2020 turut dilancarkan.

Pelan tindakan ini berperanan untuk memperkasakan hala tuju Malaysia sebagai negara pengeluar buluh dan produk berasaskan buluh untuk dieksport ke China, Indonesia, Thailand dan serata dunia.

Sempena Hari Malaysia yang lalu, program penanaman 100 buluh secara serentak diadakan di seluruh negara. Ia disiarkan secara langsung menerusi media sosial WBD2021. Forum Pelestarian Industri Buluh Malaysia 2021 dan dua siri webinar berkaitan Penggunaan Buluh dalam Industri Binaan dan
Perladangan Buluh bagimenarik minat lebih ramai orang awam mengenai potensi tanaman buluh di Malaysia.

Lebih kurang 70 spesies buluh dan 45 daripadanya yang tumbuh secara semula jadi di kawasan hutan Malaysia. Dari segi taburan penanaman, sebanyak 31 peratus tanaman buluh terdapat di Semenanjung dengan keluasan 229,123 hektar, Sarawak (45 peratus) dan Sabah (24 peratus). Nilai eksport produk buluh pada tahun 2020 adalah RM8.28 juta. Walaubagaimanapun, jumlah yang direkodkan ini
terlalu kecil berbanding saiz pasaran buluh dunia.

“Terdapat 577 pengusaha dalam industri berasaskan buluh merangkumi papan buluh, perabot, pembinaan, tekstil, perladangan, makanan dan arang serta kraftangan.

“Kebanyakannya merupakan industri kecil dan sederhana yang terletak berhampiran dengan kawasan yang mempunyai banyak sumber buluh yang berupaya dikomersilkan dan diberi perhatian” katanya dalam satu kenyataan media.

Sehubungan itu, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) akan meneruskan kemudahan pinjaman mudah bagi penanaman buluh di bawah Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) bagi memastikan bekalan sumber buluh berterusan.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), program Bamboo Community Farming juga telah bermula sejak awal tahun ini sehingga 2025.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: