Terkini

Masyarakat perlu belajar hidup dengan virus SARS-CoV-2

Shah Alam – Sempena sambutan Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berbesar hati menyampaikan ucapan kepada seluruh masyarakat Cina di Malaysia.

Dalam satu kenyataan media, beliau berharap orang ramai dapat meneruskan kehidupan dalam norma baharu dan belajar untuk hidup dengan virus SARS-CoV-2 lebih-lebih lagi dalam fasa endemik.

“Kita telah memerangi wabak COVID-19 selama hampir 18 bulan.

“Kini, kita mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai musuh yang tidak kelihatan ini berbanding dua tahun yang lepas” katanya.

Tambahnya, menyedari bahawa “tidak ada yang selamat sehingga semua orang selamat”, beliau turut mengumumkan, SelVAX Bergerak telah dimulakan di pelbagai DUN untuk memvaksin penduduk di Selangor. Kerajaan Negeri mengalu-alukan semua meliputi rakyat Malaysia dan juga bukan warganegara untuk turut serta dalam usaha imunisasi ini.

“Kita juga dapat lihat bahawa konsensus yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan diperakui oleh YAB Perdana Menteri, terdiri daripada pelbagai reformasi dalam institusi parlimen yang akan bermanfaat bagi rakyat.

“Namun, konsensus antara parti pemerintah dan pembangkang yang dimeterai bukanlah untuk meninggalkan prinsip Pakatan Harapan dan tanggungjawab semak dan imbang sebagai parti pembangkang. Sebaliknya, ia merupakan saat penting untuk kita mengetepikan perbezaan politik dan memberikan sepenuh fokus untuk memerangi wabak COVID-19” jelasnya dalam satu kenyataan media.

Beliau mengucapkan Selamat Menyambut Perayaan Kuih Bulan dan berharap seluruh masyarakat Cina dapat pulang ke rumah untuk meraikannya bersama keluarga tersayang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: