Gaya Hidup

The Alley memperkenalkan jenama tempatan baharu “ALLEY GO”, bakal menjadi minuman trendy nombor satu di Malaysia

Kuala Lumpur – The Alley telah berada di pasaran Malaysia sejak hampir lima tahun lalu, dan kini telah menjadi jenama minuman yang dikenali ramai dengan siri minuman Brown Sugar Deerioca. Dalam usaha untuk mengembangkan perniagaannya, The Alley telah memperkenalkan jenama baharu, ALLEY GO yang bermatlamat untuk memberikan pengalaman yang baharu kepada para pelanggannya. Selain daripada mempunyai kualiti yang tinggi, ALLEY GO juga menawarkan menu eksklusif untuk memenuhi permintaan pasaran yang sentiasa berubah dengan kadar yang pantas.

Ketua Pegawai Eksekutif The Alley Malaysia, Ng Zhen Wei menyatakan bahawa tiga teras nilai The Alley merupakan “fesyen”, “kreatif” dan “pantas”. “Dalam memelihara prinsip untuk memberikan layanan yang pantas dan minuman baharu yang berkualiti kepada para pelanggan, kami juga ingin menerajui pasaran ini secara ceria dan kreatif. Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk melancarkan projek baharu ini dengan menjalinkan kerjasama dengan stesen-stesen minyak.”

Memandangkan trend trak minuman yang semakin mendapat sambutan, ALLEY GO bakal menyemarakkan semangat jenama The Alley, dengan menjadikan minuman yang berasaskan teh ini lebih berorientasikan kehidupan dan selaras dengan gaya hidup serba pantas dalam masyarakat hari ini. Kelebihan ALLEY GO yang paling utama adalah penjimatan sewa. Pada yang sama juga, ia berpeluang untuk memaparkan jenama tersendiri umpama papan iklan bergerak. ALLEY GO bukan sahaja berkisar tentang perniagaan sahaja, malahan juga menampilkan trend pasaran terkini melalui tawaran pelbagai minuman dan suasananya. 

Dengan itu juga, ALLEY GO menyediakan pelekat-pelekat dengan elemen jenamanya kepada para pelanggan apabila mereka membuat pilihan minuman mereka, seterusnya menukar konsep tradisi sebelum ini yang mana jenama kedai dicetak di atas cawan minuman. Untuk membawakan elemen yang menyeronokkan dalam penyediaan minuman, ALLEY GO juga membolehkan para pelanggan mengambil bahagian dalam proses kreatif menyiapkan minuman mereka sendiri. Ng berharap dengan adanya kolaborasi ini, The Alley akan menjadi penanda aras bagi jenama minuman berasaskan teh di Malaysia dan menjadi satu langkah yang utama bagi menembusi pasaran antarabangsa. 

Pempengaruh maya (virtual influencer) Melodee menyertai acara pelancaran ALLEY GO 

Lapan puluh peratus minuman yang ditawarkan di dalam menu ALLEY GO adalah baharu manakala baki dua puluh peratus merupakan minuman yang terlaris di The Alley. ALLEY GO dilancarkan pada 29 Oktober 2021 dan diserikan oleh kehadiran pempengaruh maya pertama di Malaysia, Melodee, menampilkan konsep Makanan dan Minuman Digital. Setiap trak direka cipta oleh pereka tempatan dengan pelbagai konsep yang berbeza,  seterusnya menawarkan pelanggan stesen-stesen minyak atau para pengunjung satu pengalaman baharu untuk menghilangkan dahaga dan juga memberikan lokasi baharu untuk dikunjungi.

ALLEY GO bakal melancarkan aplikasi mudah alih yang baharu sebelum berakhirnya tahun 2021.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: