KUALA LUMPUR – Wealthpier Berhad sebuah syarikat Perunding Perniagaan dan Pegangan Pelaburan menganjurkan Business Network Roadshow (BNR) mengajak usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negara ini berurus niaga melalui pendekatan korporat.
Selaras dengan strategi syarikat, Wealthpier menganjurkan Business Network Roadshow (BNR) yang bertujuan menghubungkan peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan pelabur.
Dalam satu majlis makan malam korporat, peluang dibuka kepada tetamu yang diundang berkongsi pencapaian syarikat dan melancarkan produk di pentas.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Wealthpier Berhad, Muhammad Azim Ishuddin langkah tersebut bertujuan mendedahkan kumpulan peniaga lebih peka dengan situasi semasa termasuk menarik pelabur untuk mengembangkan perniagaan.
Beliau berkata demikian pada program BNR dan majlis Makan Malam Gala bertempat di Star Boulevard KLCC anjuran Wealthpier Berhad di sini baru-baru ini.
Matlamat program adalah untuk membina rantaian perniagaan di kalangan syarikat-syarikat yang hadir dengan para pelabur undangan .
“Program BNR kali ini memilih usahawan PKS sebagai langkah membudayakan pengurusan syarikat ke arah lebih professional, bergaya korporat dan mampu berdaya saing di mata dunia.
“Berbeza dengan syarikat korporat, kakitangan di PKS jarang diraikan dengan majlis penghargaan dan sambutan majlis makan malam bertema di lokasi berprestij.
Selain itu, mereka turut mengalakkan pihak majikan menghargai pasukan dan pekerja melalui majlis makan malam korporat yang memberi mereka pendedahan pencapaian syarikat – syarikat lain yang hadir.
“Wealthpier berharap majlis begini berupaya menzahirkan kebolehpasaran PKS dalam menguruskan syarikat ke arah korporat dan mempunyai misi lebih besar seiring dengan harapan negara menjelang Dasar Keusahawanan Negara 2030,” tambahnya.
Sebelum ini pihaknya telah mengadakan BNR di beberapa lokasi namun ditangguhkan akibat Pandemik Covid-19. Bagaimanapun, syarikat-syarikat yang telah mendaftar terus diberi bimbingan secara dalam talian.
Jelasnya lagi, Wealthpier adalah platform kepada para usahawan berkongsi idea dan padanan perniagaan yang baharu. Tiga syarikat PKS iaitu Myt Edutech Berhad, Siam Oasis dan Womentum yang berkongsi idea dan model bisnes turut membuka peluang kepada pelabur yang berminat untuk membeli saham ekuiti syarikat masing-masing.
Wealthpier juga telah berjaya berkerjasama antara pemilik syarikat dengan pelabur yang bernilai keseluruhan sebanyak 3 juta. Dalam masa sama turut mensasarkan jumlah pelaburan bernilai 700 ribu.
Menurut Muhammad Azim, Wealthpier merupakan syarikat Perunding Perniagaan dan Pegangan Pelaburan ditubuhkan pada Mac 2020 dengan visi untuk menjadi syarikat pertama dalam industri Meeting Incentive Conference Exibition (MICE) di Malaysia yang akan diapungkan di papan bursa pada tahun 2025. Wealthpier mempunyai beberapa anak syarikat berlatar belakangkan industri pengurusan majlis, pengurusan lokasi, pengurusan bisnes serta runcit dan perdagangan.
“Pada tahun hadapan juga, Wealthpier merancang menganjurkan lebih banyak lagi majlis dengan jangkaan setiap bulan. Antaranya majlis Karnival Wanita, Festival Makanan, Karnival Kecergasan, Majlis Perlancaran produk dan lain-lain,” ujarnya.
Syarikat PKS yang berminat menyertai BNR boleh menghubungi pihak penganjur untuk kemaskini majlis dan lokasi. Mereka yang berminat akan berpeluang untuk menilai, membanding idea dan pengurusan bisnes lebih mantap dengan kenalan baru dan para pelabur. Layari www.wealthpierberhad.com