Kuala Terengganu – Bermula sebagai tukang gunting rambut seawal usia 19 tahun, Siti Hajar Elyana atau lebih dikenali sebagai Jajja Elyana kini memliki empayar perniagaanya sendiri dengan mengusahakan produk rambut Jajja Chinta Hair Treatment.
Memulakan perniagaan pada tahun 2013, kemudian beliau berkecimpung dalam bisnes penjualan produk penjagaan rambut dengan menjadi agen dan mendapat sambutan yang sangat mengalakkan dari masyarakat setempat. Berkat dari kesungguhan itu, kini beliau memiliki produk jenama sendiri sejak tahun 2017.

Baru-baru ini, Jajja Chinta meraikan pencapaian agen dan stokis dengan jualan tertinggi di malam anugerah gala bertempat di hotel Paya Bunga, Terengganu. Pada malam tersebut, beliau turut berkongsi cabaran yang dihadapi sepanjang pandemik covid-19.
“Perniagaan saya diuji apabila beberapa pekerja terkena jangkitan COVID 19 dan salon Jajja Chinta terpaksa ditutup sementara.
“Alhamdulillah, Allah berikan peluang kedua untuk Jajja Chinta bangkit dengan meneruskan perniagaan secara dalam talian dan mendapat sambutan amat menggalakkan. Atas rezeki itu, kami turut berkongsi rezeki dengan menghulur bantuan kepada rumah anak yatim dan kebajikan yang memerlukan termasuk juga bantuan kepada mangsa banjir melalui program Bantuan Jajja Prihatin” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut berkongsi kejayaan peningkatan jumlah usahawan tahun 2021 seramai 10,000 orang berbanding 5000 orang pada tahun 2020.
“Insya Allah, untuk tahun 2022 ini, saya menjangkakan lebih ramai lagi usahawan seluruh Malaysia dapat dilahirkan”, jelasnya.
Tambahnya lagi, Jajja Chinta menyasarkan jualan sebanyak RM30 juta tahun ini berbanding tahun sebelumnya RM6.2 juta dan tahun 2021 RM10 juta.
Rangkaian produk Jajja Chinta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan melalui penelitian yang diuji secara klinikal bagi menghasilkan produk yang selamat digunakan dan juga berkesan.

Terbaru, Jajja Chinta mengeluarkan produk serum rambut anti frizz dimana dapat membantu masalah seperti rambut berbau, keguguran rambut, rambut kering, rambut bercabang dan banyak lagi manfaat.
Selain itu, antara produk lain terdapat juga shampoo rambut, set pelindung rambut (hair mask) dan tonik rambut yang merupakan penyelesaian terbaik untuk rambut yang bermasalah. Produk ini juga sesuai untuk sesiapa sahaja yang tiada masa untuk ke salun dan boleh digunakan dari rumah sahaja.

Jajja Chinta turut membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan tanpa modal untuk menjadi usahawan dengan menghubungi laman rasmi myjajjahaircare.com .