Bisnes

KIDaF lancar susu kambing premium berperisa, sasar jualan 10,000 kotak sebulan

Bandar Baharu, Kedah – Kompleks Islam Darul Faizin (KIDaF) menerusi anak
syarikatnya Al-Faizin Marketing melancarkan susu kambing berperisa bertempat di Kampung Bukit Aping baru-baru ini.

Produk susu kambing berjenama Faa-iz dengan 3 variasi perisa seperti coklat, vanila dan strawberi itu dihasilkan melalui kajian dan pandangan dari pengguna dan pengedar yang telah menggunakannya sebelum ini.

Pengerusi KIDaF, Ustaz Haji Jafri Abu Bakar@Mahmud menjelaskan, susu Faa-iz telah berada di pasaran sejak lebih setahun lalu dengan memasarkan susu kambing tanpa perisa.

“Alhamdulillah, jualan sebelum ini sangat memberangsangkan dan kini kami perluaskan lagi dengan mengeluarkan susu kambing berperisa.

“Malalui kajian, kami dapati perisa coklat digemari semua, vanila pula disukai warga emas dan kanak-kanak selain strawberi yang menjadi kesukaan si kecil” katanya.

Jelasnya lagi, idea untuk membangunkan susu kambing Faa-iz tercetus ketika terlalu sibuk dengan pelbagai program sehingga kadangkala tidak sempat untuk makan.

“Untuk seseorang yang sibuk dengan tugasan harian, susu ini adalah sesuai sebagai gantian makanan yang mengenyangkan disamping berkhasiat sesuai semua peringkat umur seawal umur 2 tahun” katanya.

Menurut Jafri, banyak kelebihan susu Faa-iz berbanding susu lain di pasaran. Ketika proses formulasi bermula, beliau menekankan agar susu yang dipilih perlulah susu gred A, kerana bukan saja ia lebih
pekat, ia juga tiada bau hamis kambing.

Selain itu, produk ini juga dilihat mampu membentuk satu ekosistem perniagaan dan secara tidak langsung membantu menjana ekonomi bagi peniaga dan usahawan kecil serta menyasarkan jualan 10,000 kotak sebulan.

“KIDaF tidak mengenakan yuran kepada pelajar, jadi cara terbaik yang difikirkan adalah menghasilkan satu produk terbaik yang mampu menjana pendapatan pusat pengajian agar tidak bergantung semata-mata dengan kutipan sumbangan” tambahnya.

Beliau turut menambah, susu kambing Faa-iz dihasilkan dari pilihan susu gred A yang ditambah beras perang bertujuan menghilangkan bau hamis dan menjadikan rasa lebih kenyang setelah diminum. Susu ini juga ditambah kurma bagi menggantikan gula.

Ginko Biloba turut dimasukkan untuk kecerdasan otak bagi manfaat pelajar yang
menghafaz al-quran di Darul Faizin selain warga emas yang mampu meningkatkan ingatan selain garam bukit yg banyak khasiatnya sebagai penambah perisa.

“Walaupun kandungan susu kambing Faa-iz memiliki pelbagai kelebihan, harga yang kami tawarkan sangat berpatutan jika dibandingkan dengan produk lain di pasaran.

Majlis perasmian turut dimeriahkan dengan upacara perasmian dan penganjuran Forum Perdana Israk Mikraj oleh tetamu jemputan istimewa Datuk Ustaz Kazim Elias

Bagi pengguna yang ingin mengetahui produk susu kambing Faa-iz, boleh layari laman instagram @susufaaiz

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: