Bisnes

AirAsia Malaysia kenakan surcaj bahan api berikutan kenaikan harga bahan api dunia

SEPANG– AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) akan mengenakan semula surcaj bahan api mulai 8 Mac 2022 untuk semua penerbangan domestik dan antarabangsanya. Pengenalan semula surcaj bahan api oleh AirAsia adalah untuk mengimbangi kenaikan harga bahan api yang telah melangkaui AS$120 setong sekarang.

AirAsia tidak mengenakan sebarang surcaj bahan api sejak memansuhkannya pada 2015. Sebaliknya, ia telah menyerap semua kenaikan kos bahan api ini padahal syarikat-syarikat penerbangan lain telah pun melaraskan tambang dan meningkatkan caj bahan api dan caj pentadbiran untuk mengatasi kenaikan kos operasi seawal tahun 2018 lagi. 

Kadar Surcaj Bahan Api AirAsia Malaysia berkuat kuasa 8 Mac 2022:

Surcaj bahan api ini akan dikenakan untuk semua tempahan penerbangan baharu yang dibuat pada dan selepas 8 Mac 2022. Semua tempahan yang dibuat sebelum 8 Mac 2022 tidak akan terjejas.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata: “Syarikat penerbangan di seluruh dunia terjejas oleh kenaikan harga bahan api yang semakin terus meningkat disebabkan oleh keadaan di Eropah Timur serta  faktor luaran lain. Ini semua telah menyebabkan kami terpaksa mengenakan semula surcaj bahan api, walaupun kami telah berusaha sedaya upaya untuk memansuhkannya selama ini. 

“Sejak kali terakhir kami memansuhkan surcaj bahan api pada tahun 2015 berikutan harga bahan api global serendah AS$48 setong pada waktu itu, kami telah berdepan dengan beberapa lonjakan harga bahan api yang menyebabkan syarikat penerbangan lain mula mengenakan surcaj ini. Bagaimanapun, AirAsia telah menyerap kenaikan harga bahan api yang lalu untuk terus memberikan nilai terbaik kepada tetamu kami. Malangnya, keadaan semasa di mana harga bahan api telah melonjak lebih 160% daripada tahun 2015 telah menjadikan situasi ini tidak lagi mampan.

“Kami berharap langkah ini hanyalah sementara. AirAsia akan terus memastikan tambang kami kekal rendah walaupun terdapat surcaj bahan api. Seperti yang kita boleh lihat, syarikat-syarikat penerbangan lain telah pun melaraskan tambang dan meningkatkan caj bahan api dan caj pentadbiran untuk mengatasi kenaikan kos operasi seawal tahun 2018 lagi. Walaupun berdepan dengan pandemik Covid-19, kami masih berjaya untuk mengawal kos operasi yang semakin meningkat dan terus menawarkan tambang rendah kepada semua.

“Kami akan terus memantau keadaan semasa dan pada masa yang sama memanfaatkan inovasi teknologi dan digital sebagai cara untuk mengawal kos dan menjadikan perjalanan udara mampu milik untuk semua.”

Untuk rekod, AirAsia telah memansuhkan surcaj bahan api sebanyak dua kali sebelum ini. Ia mula memperkenalkan surcaj bahan api pada tahun 2005 dan memansuhkannya pada 2008, sebelum kemudian memperkenalkannya semula pada tahun 2011. Harga bahan api mencapai kemuncak pada AS$78 setong pada 2015, namun AirAsia bertindak serta-merta menghapuskan surcaj bahan api sebaik sahaja harganya mencecah AS$48 setong pada tahun tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: