Terkini

Rokok Seludup Catat 57.3% pada 2021

KUALA LUMPUR – Kajian Rokok Seludup (ICS) di Malaysia pada 2021 yang dikendalikan oleh syarikat penyelidikan pemasaran antarabangsa Nielsen mendapati rokok seludup di Malaysia telah menurun sebanyak 6.5 peratus mata daripada mata tertinggi yang dicatat sebanyak 63.8% pada 2020. Inilah kali pertama sejak 2014 rokok seludup mencatat penurunan namun masih banyak yang perlu dilakukan untuk menangani isu ini kerana Kerajaan terus kehilangan berbilion ringgit setiap tahun daripada cukai yang tidak dibayar ke atas rokok seludup ini.

“Ini menunjukkan bahawa tindakan yang diumumkan oleh Menteri Kewangan pada Bajet 2021 mula menunjukkan hasil,” kata jurucakap CMTM. “Ini adalah perkembangan yang baik dan CMTM menyeru agar Kerajaan dan pemegang taruh untuk terus berusaha membanteras perdagangan rokok seludup ini.”

Kejadian rokok seludup sebanyak 57.3% adalah masih tinggi. Malaysia kekal negara pertama  bagi rokok seludup, dan sindiket penyeludupan bertindak balas kepada kaedah yang diumumkan Bajet 2021 dengan menggunakan cara baru untuk membawa rokok seludup ke Malaysia.

CMTM menyeru agar Kerajaan terus meningkatkan penguatkuasaan dalam menangani aktiviti penyeludupan ini, terutama di kawasan pesisir pantai dan memastikan kaedah yang diumumkan pada Bajet 2021 dikekalkan dan dilaksanakan penguatkuasaannya. Ini termasuklah kerjasama lebih erat antara industri dan Kerajaan untuk menangani aktiviti menyeludup tembakau melalui Penguatkuasa Pelbagai Agensi (MATF).

CMTM turut meminta Kerajaan untuk melaksanakan analisis impak perundangan dan ekonomi yang terperinci, dan turut melibatkan pelbagai pemegang taruh dalam rantaian nilai keseluruhan, termasuklah pengilang, pengedar, dan peruncit, sebelum memperkenalkan cadangan seperti Penamat Tembakau 2040, yang mungkin akan secara tidak langsung meningkatkan produk seludup di pasaran dan menghapuskan kejayaan yang dicapai dalam menangani perdagangan rokok seludup di Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: