Bisnes

Lotus Malaysia umum selesai jenama semula 62 cawangan

Ampang – Lotus’s Malaysia telah lengkap menjenamakan semula kesemua 62 cawangan bekas Tesco menjelang akhir 2021.

Penjenamaan semula tersebut dengan penggunaan platform teknologinya untuk melahirkan keceriaan SMART pada setiap hari kepada pengguna.

Dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia sekaligus memperkenalkan platform baharu dalam talian Lotus’s yang menggabungkan kedua-dua program kesetiaan dan platform dalam talian Lotus’s ke dalam satu aplikasi, memberikan pengguna pengalaman phygital yang menarik dalam membeli-belah.

Dengan menggabungkan kedua-dua program kesetiaan MyLotus’s dan platform dalam talian Lotus’s, pelanggan boleh membeli-belah dalam talian dan serta-merta mengumpul mata dan menebus ganjaran mereka menggunakan Aplikasi Lotus’s.

Presiden Lotus’s Malaysia, Kenneth Chuah, menjelaskan data akan dilengkapi untuk memahami keperluan pelanggan dan menyesuaikan promosi serta ganjaran kepada individu walaupun mereka tinggal dalam sebuah rumah yang sama untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih diperibadikan.

Program kesetiaan MyLotus’s ini juga boleh dinikmati oleh pelanggan yang membeli-belah di stor fizikal mereka.

“Lotus’s pada masa ini juga mempunyai Aplikasi Scan & Shop untuk membolehkan pelanggan mengimbas sendiri barangan yang hendak dibeli di stor. Ini membolehkan pelanggan menjejaki perbelanjaan dan mengurus belanjawan mereka. Lorong khusus untuk pembeli Scan & Shop juga disediakan untuk mempercepatkan proses pembayaran dan memendekkan masa beratur” katanya.

Jelasnya lagi, pelanggan juga boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang pantas dan selamat di 28 buah stor Lotus’s dengan Kaunter Pembayaran Layan Diri tanpa tunai yang menerima pembayaran kad debit dan kredit serta e-dompet seperti Boost, kiplePay, GrabPay, Alipay, MCash, MAE, ShopeePay, Touch ‘n Go dan UnionPay.

Lotus’s juga menyatakan bahawa syarikat itu mempunyai aspirasi untuk menjadi peruncit yang mengamalkan kelestarian melalui semangat komuniti #KitakanJiran dan usaha alam sekitarnya. Syarikat itu sentiasa bersedia untuk membantu komuniti-komuniti yang kurang bernasib baik dengan membekalkan makanan dan barangan keperluan kepada keluarga dan individu B40 di seluruh negara termasuk mereka yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: