Politik

RUU anti lompat parti dan pengehadan tempoh jawatan PM perlu penelitian lanjut – Wan Junaidi

Kuala Lumpur – Kerajaan komited merealisasikan penggubalan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2022 berhubung Anti Lompat Parti dan Pengehadan Tempoh Jawatan Perdana Menteri Sehingga 10 Tahun.

Bagaimanapun, kabinet memutuskan RUU berkenaan masih memerlukan penelitian lanjut hasil perbincangan dengan pihak berkepentingan khususnya Barisan Nasional dan Perikatan Nasional bagi memastikan sokongan di Dewan Rakyat.

Di bawah Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan, sokongan majoriti dua pertiga di Dewan diperlukan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

Menerusi satu kenyataan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan pada 15 Mac, beliau telah mengemukakan surat kepada semua pemimpin parti beserta borang soal selidik untuk dijawab bersama draf RUU untuk pandangan dan input selanjutnya.

“Inisiatif ini merupakan kesinambungan daripada keseluruhan sembilan (9) sesi libat urus yang saya telah adakan bersama pelbagai pihak seperti ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta Parti-parti Komponen termasuk di Sabah dan Sarawak dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri dan
Jabatan Peguam Negara”.

“Sesi libat urus bersama Barisan Nasional dan Perikatan Nasional yang dijadualkan pada 26 dan 28 Februari telah ditangguhkan atas permintaan parti untuk memberi fokus kepada Pilihan Raya Negeri Johor,” kata beliau menerusi kenyataan tersebut, hari ini.

Wan Junaidi turut menegaskan, RUU tersebut akan dibentangkan semasa Sidang Khas Parlimen, selaras Peraturan 11 kurungan 3 Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Ia setelah mengambil kira, pendapat dan input hasil sesi libat urus dan kelulusan Jemaah Menteri, selain persetujuan Perdana Menteri menggunakan kuasanya di bawah peraturan tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: