Terkini

Penguatkuasaan perlu dipertingkatkan bagi tangani 57.3% pasaran rokok seludup

KUALA LUMPUR –Dengan penurunan kejadian rokok seludup buat pertama kalinya sejak tahun 2014, Kerajaan Malaysia tidak harus berpuas hati tetapi sepatutnya mengambil langkah seterusnya untuk menghapuskan masalah endemik ini yang telah membantutkan pertumbuhan sosio-ekonomi, kata Retail and Trade Brands Advocacy Malaysia Chapter (RTBA Malaysia) hari ini.

Komen daripada kumpulan penyokong yang melindungi perniagaan di wilayah Asia Pasifik daripada perlakuan jenayah ini dikeluarkan berikutan berita terbaru oleh Persekutuan Pengilang Tembakau Malaysia bahawa kejadian rokok seludup di Malaysia berada pada tahap 57.3% pada 2021, penurunan sebanyak 6.5% berbanding dengan 63.8% pada 2020.

Dato’ Fazli Nordin, Pengarah Urusan RTBA Malaysia berkata,“Penurunan 6.5% adalah petunjuk bahawa langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam Bajet 2021 boleh merubah punca masalah yang menyebabkan kerajaan kehilangan sehingga RM5 bilion setahun dari segi cukai yang tidak dikutip.”

“Walau bagaimanapun, jumlah 57.3% masih tinggi berbanding standard antarabangsa. Jika kita membandingkan dengan negara jiran kita Singapura, kejadian rokok seludup hanyalah pada 13.8% pada 2017 manakala di Thailand dan Filipina masing-masing pada 5.5% dan 6.5% pada 2017.”

RTBA Malaysiajuga berkata sindiket jenayah kekal aktif dalam menyeludup rokok ke negara ini, seperti yang terbukti dalam beberapa kes tangkapan berprofil tinggi baru-baru ini.

“Sudah jelas, masih banyak yang perlu dilakukan,” tegasnya.

Mengulas laporan berita baru-baru ini yang memetik Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia sebagai berkata bahawa kejadian rokok seludup telah menurun disebabkan oleh duti eksais yang dikenakan (ke atas rokok di Pulau-Pulau Bebas Cukai), Dato Fazli berkata mengenakan cukai ke atas rokok di kawasan bebas cukai adalah satu daripada kaedah dalam Bajet 2021 yang menyebabkan penurunan kejadian rokok seludup. “RTBA Malaysia percaya bahawa gabungan beberapa kaedah termasuklah sekatan pindah kapal telah memberi impak,” kata Dato Fazli.

“Seterusnya, Kerajaan perlulah memberi tumpuan kepada pengekalan kestabilan polisi termasuklah mengekalkan moratorium duti eksais, sekatan pindah kapal selain kerjasama rapat dengan pemain industri dan Kerajaan.

Dato’ Fazli turut mencadangkan penambahan penguatkuasaan terutamanya di kawasan pesisir pantai, untuk menangani aktiviti penyeludupan yang berterusan.

“Amat penting juga untuk melakukan analisis mendalam kesan peraturan dan ekonomi dan turut melibatkan pemegang taruh utama sebelum memperkenalkan apa-apa polisi seperti pengharaman rokok untuk semua orang yang lahir selepas 2005,” katanya.

Dato Fazli juga berkata bahawa Kementerian yang tertentu perlu bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasa untuk menghapuskan masalah ini. “Masalah rokok seludup bukan hanya isu penguatkuasaan. Sebelum Kementerian Kesihatan cuba untuk melaksana dan menguatkuasakan peraturan berat seperti mengharamkan rokok dan vape ke atas generasi akan datang, ia perlulah melihat kepada penguatkuasaan dan mendenda produk rokok yang dijual di bahawa kadar minimum RM12, iaitu undang-undang yang diperkenalkan oleh MOH. Dengan memainkan peranan yang lebih pro-aktif, MOH boleh membantu menghentikan rokok seludup murah yang bertentangan dengan agenda kesihatan nasional,” katanya.

Pada Januari 2022, Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) telah merampas lebih 2.2 juta batang rokok bernilai RM1.6 juta, termasuk cukai, di Kelantan.

Awal bulan ini, Jabatan Kastam Diraja Perak (JKDM) merampas rokok gelap bernilaiRM1.59 juta di Kuala Kangsar dan Lenggong melalui Ops Benteng Fasa 22.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: