Bisnes

Penganjuran sulung SEBA 2022 edisi utara bagi mengiktiraf PKS dan usahawan luar KL

KUALA LUMPUR – Dianjurkan oleh Yayasan Usahawan Malaysia, penganjuran sulung SME and Entrepreneurs Business Awards (SEBA) 2022 Edisi Utara akan diadakan pada 26 Mac 2022 bertempat di Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang, dengan kehadiran Tetamu Kehormat, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, sebagai usaha untuk mengiktiraf perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang ditubuhkan serta berjaya menempatkan perusahaan mereka di tahap yang terbaik di luar Kuala Lumpur.

Pada awal tahun ini, Yayasan Usahawan Malaysia telah mengumumkan penganugerahan bagi kali ketujuh dan akan mengadaptasi konsep anugerah terdahulu melalui penganjuran yang unik iaitu SEBA 2022:


RISE UP (Kebangkitan), di mana penganjuran anugerah ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Edisi Utara, Edisi Selatan dan Edisi Pusat Bandar Kuala Lumpur.

Objektif penganjuran ini adalah untuk menumpukan perhatian kepada PKS dan usahawan-usahawan yang layak di wilayah Utara dan Selatan, sementara Edisi Pusat Bandar Kuala Lumpur menjadi kemuncak kepada penganugerahan tersebut.

SEBA 2022 Edisi Utara telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dan telah menerima hampir 200 lebih penyertaan daripada pemain industri di mana 35 penerima anugerah terdiri daripada usahawan PKS yang berasal dari Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan yang akan dinobatkan di
majlis penganugerahan SEBA 2022.

Golongan PKS dan usahawan-usahawan terdiri daripada pelbagai industri termasuklah F&B, Pendidikan, Hospitaliti, Logistik, Automotif, Kejuruteraan, Pembuatan, Teknologi Maklumat, Teknologi & Solusi Digital, Penjagaan Kesihatan, Kesihatan & Kecantikan dan sebagainya.
Pengerusi Yayasan Usahawan Malaysia dan Pengasas SEBA, Encik Nitesh Malani berkata, “Objektif kami bukan sahaja untuk memberi penghargaan kepada perusahaan di wilayah Utara. SEBA menjadi platform kepada para usahawan untuk mendapat perhatian ke peringkat global melalui kaedah digital, dan memberi keyakinan kepada para pengguna dengan sandaran jenama yang dikenali dan dipercayai.

Perusahaan harus berevolusi bersama pasaran semasa, maka, kami bergerak ke hadapan dengan menembusi wilayah Utara dan Selatan Malaysia, dalam memacu perniagaan bagi mengiktiraf serta mengadaptasi standard antarabangsa”.

Lyndia Wong, Pengerusi Penganjur kepada SEBA, berkata, “PKS dan para usahawan memainkan peranan penting dalam memberi perkhidmatan kepada para pengguna dan juga menyumbang kepada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Ianya amat penting untuk memberi sokongan kepada mereka pada masa ini, kerana ramai yang terkesan dari pandemik. Mereka yang berjaya mengadaptasi situasi ini layak untuk diraikan di SEBA 2022, yang semestinya merupakan objektif utama kami. Kami bertujuan untuk meningkatkan perniagaan yang ada dengan memberi publisiti dan pengiktirafan yang diperlukan dan sebabkan ini, kami juga mengharap yang ia akan mengmotivasi para pemimpin industry di negeri Utara untuk menjadi lebih berinovasi, dapat memimpin dan menerima penyelesaian kreatif yang akan membawa
Malaysia ke peringkat seterusnya”.


Pada tahun ini, syarikat insurans, Sun Life Malaysia telah menyertai SEBA 2022 sebagai Rakan Strategik Insuran Rasmi bagi mengukuhkan perkhidmatan insurans, takaful dan pengurusan aset kepada calon-calon anugerah. Sebarang maklumat lanjut, sila layari www.seba.asia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: