Terkini

‘Jutawan Sampah’ tekad saman fitnah RM10 juta

Kuala Lumpur – Muhammad Azlan Al-Amin atau lebih dikenali sebagai ‘Jutawan Sampah’ mengemukakan saman fitnah RM10 juta terhadap pihak yang didakwa memfitnah beliau di laman Facebook.

Beliau berkata, fitnah itu telah mencemarkan reputasinya serta menjejaskan perniagaannya apabila beberapa rakan perniagaan dan pelabur telah menarik diri selepas tersebarnya fitnah tersebut.

“Saya tidak tahu apa motif defendan memuat naik status berbaur fitnah itu.

“Saya pernah cuba menghubungi pihak mereka untuk bertanyakan mengapa berbuat demikian namun tiada kerjasama sewajarnya. Saya juga memberi ruang perkara ini diselesaikan secara elok namun tidak berhasil.

Jelasnya lagi, melalui kenyataan-kenyataan fitnah berterusan dan berkali-kali ini sangat mewajarkan tindakan saman diambil.

Sementara itu, Peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid berkata, tindakan undang-undang saman fitnah RM10 juta tersebut juga bertujuan membersihkan nama baik Muhammad Azlan.

Beliau ditemui dalam satu sidang media di pejabat Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di sini hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: