Terkini

Lelaki saman dua doktor penyebab kecacatan hidung

Kuala Lumpur – Seorang lelaki nekad menyaman dua doktor sebuah klinik kecantikan sebanyak RM2.7 juta kerana didakwa mengakibatkan kecacatan terhadap hidungnya selepas menjalani pembedahan.

Pemilik salun, Adam Hamil, menjalani pembedahan di klinik yang terletak di Kepong itu untuk membetulkan kedudukan hidungnya yang didakwa sedikit senget.

Writ saman dan pernyataan tuntutan bertarikh 28 Mac lalu difailkan Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak (HWAM) mewakili anak guam, Adam Hamil, terhadap dua individu.

Lelaki berusia 34 tahun itu, berkata doktor tersebut berjanji boleh memperbaiki hidungnya untuk kelihatan 98% sempurna.

Namun, selepas melakukan pembedahan berjumlah RM10,000 pada 21 Mei lalu, apa yang diharapkan tidak seperti yang dijanjikan selepas hidung menjadi cacat.

“Saya kemudian bertemu dan mereka memberi antibiotik sebelum menawarkan pembedahan buat kali kedua secara percuma.

“Namun, hidung saya bukan bertambah baik sebaliknya semakin teruk selepas melakukannya buat kali kedua pada 28 Jun tahun lalu,” katanya.

Tambahnya, dia berminat untuk mendapatkan perkhidmatan doktor estetik selepas ada selebriti membuat promosi berkaitan klinik terbabit.

Peguam Wan Azmir Wan Majid yang mewakili Adam, berkata tuntutan jumlah berkenaan meliputi ganti rugi khas RM152, 211.95, ganti rugi am RM2,100,000 dan ganti rugi teladan RM500,000.

Wan Azmir menjelaskan, ganti rugi am adalah termasuk kecuaian perubatan, selain anak guamnya turut mengalami trauma, kejutan dan tekanan perasaan, kehilangan reputasi serta keyakinan perniagaan.

“Tuntutan ini adalah berkenaan kecacatan hidung dialami anak guam kami. Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan ditetapkan pengurusan kes pada 12 Mei ini,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: