Bisnes

FunnelEvo lancar sistem KUASA, tingkat pemasaran digital

Putrajaya – FunnelEvo hari ini menjayakan anugerah Digital Business Award 2021 sebagai pengiktirafan kepada individu dan syarikat yang telah memberikan impak melalui platform digital sepanjang dua tahun sebelum ini .

FunnelEvo merupakan satu sistem pemasaran digital yang memudahkan kepada usahawan yang ingin mengautomasikan perniagaan menerusi platform sistem SalesKip.

Pengasasnya, Mohd Fahdi Mohd Ghazali yang juga dikenali sebagai Pakar Pemasaran Digital di Malaysia memaklumkan, sistem tersebut membantu peniaga menguruskan perniagaan secara automatik dengan lebih cepat dan terurus disamping melancarkan pemasaran dengan cara lebih efektif.

Sistem KUASA bertujuan membantu usahawan meningkatkan jualan melalui platform terbaru mereka.

“Untuk sistem baru ini, secara rasminya dilancarkan hari ini untuk KUASA 1, bagi KUASA 2 pada 7 april manakala KUASA 3 pada 14 april ini.

“Menariknya, kami buka pendaftaran bermula hari ini juga dengan diskaun sebanyak 33% dan ianya sangat berpatutan dengan modul lebih terkini” katanya dalam sidang media bertempat di Hotel Everly, Putrajaya.

Jelasnya lagi, lebih 40,000 peserta program FunnelEvo sebelum ini telah menggunakan perkhidmatan mereka dan keseluruhannya kini mencapai sasaran jualan sehingga 7 angka dengan peratusan kenaikan sebanyak 320%.

Beliau turut menambah, sasaran peserta untuk tahun ini adalah 100,000 orang usahawan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: