Terkini

SSI fokus program transformasi dan motivasi remaja

Petaling Jaya – Program ‘Living Alpha’ iaitu pembentukan transformasi diri dan motivasi buat kumpulan pertama remaja telah dilancarkan.

Program dibawah SAKEENAH SOUL INTERNATIONAL (SSI) itu telah disempurnakan oleh penasihat SSI, Datuk Prof Dr Muhaya binti Haji Mohamad yang disertai lebih kurang 70 orang peserta dari pelbagai latar belakang.

Merupakan latihan pertama selepas dilancarkan pada November 2021, program berbayar ini bagaimanapun telah menaja 100 orang anak angkat SSI dari kalangan B40 di seluruh negara untuk ditaja bagi mengikuti modul daripada Living Alpha.

Living Alpha menawarkan latihan secara maya dan fizikal yang dipantau oleh SSI di mana ia mempunyai 24 modul dan mengambil masa 3 bulan. Khas untuk penglibatan anak-anak angkat SSI, yang turut menekankan program Quran dan Hadith untuk memantapkan pengisian rohani mereka. 

Datuk Prof Dr Muhaya Binti Haji Mohamad menjelaskan, program ini bukan sahaja menfokuskan ilmiah namun lebih kepada membentuk kembali jati diri, sahsiah dan rohani dalam membentuk remaja yang bakal menjadi pelapis negara.

“Living Alpha dapat membantu SSI untuk memperkasakan golongan remaja yang merupakan ejen transformasi untuk ‘Sakeenah Soul’ atau Jiwa Tenang melalui program yang sistematik dan saintifik” katanya.

Program ini juga menampilkan lima ikon media sosial yang berpengaruh seperti Ali Karim dan Fatin Nabila.

Ketua Operasi SSI, Mohamad Rashidi Daud, berkata, Sakeenah Soul turut berharap penyertaan dari mana-mana badan korporat mahupun orang peseorangan yang berminat untuk menaja dalam bentuk kewangan dan perkhidmatan bagi menjayakan program agar dapat menyampaikan manfaat pada remaja yang memerlukan.

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan program ini bolehlah menghubungi Puan Nelissa Senrose di talian 0172136335.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: