Bisnes

Usahawan kosmetik Rita Sosilawati dilantik duta kedai elektrik

Kuala Lumpur – Usahawan kosmetik popular tanahair, Datin Rita Sosilawati kini mengorak selangkah dalam kariernya apabila dilantik menjadi duta edisi raya bagi ESH Electrical Sdn Bhd. Perlantikan tersebut bagi menjayakan program CSR mangsa banjir di Terengganu.

Program kebajikan tersebut dengan tema ‘Bersama menyemarakkan keikhlasan di Hari Raya’ itu bertujuan bagi menyantuni mangsa banjir disamping menghulurkan bantuan berupa barangan elektrik serta lain-lain.

“Bagi pihak ESH, mereka akan menyumbangkan barangan elektrik kepada mangsa dan dari pihak saya sendiri, Insya Allah barangan berupa keperluan asas seperti beras, minyak, gula, tepung dan sebagainya turut disumbangkan.

“Ini adalah sumbangan bagi meringankan beban 200 keluarga mangsa banjir lebih-lebih lagi dalam menyambut bulan ramadan dan aidilfitri nanti’ katanya.

Jelasnya, beliau telahpun turun padang bagi melawat mangsa di kampung Kemat dan Kuala Menjing bagi mengagihkan barangan keperluan tersebut dengan usahasama Persatuan Anak Niaga dan aktivit Nirmala (PANDAN).

Rita turut menambah, sama sekali tidak menyangka apabila ditawarkan menjadi duta. Ini kerana beliau hanyalah menganggap dirinya sebagai seorang usahawan, namun tidak menolak rezeki yang datang lebih-lebih lagi dalam sesuatu bidang baru.

“Alhamdulillah, sudah pasti saya berasa teruja dan gembira apabila ditawarkan menjadi duta. Saya sendiri tidak menyangka kerana saya bukanlah seorang selebriti namun ini adalah rezeki dan saya terima dengan penuh tanggung jawab untuk memastikan tugas yang diberi disempurnakan dengan baik’ jelasnya.

Beliau yang juga merupakan Lembaga Pengarah di HRDF itu turut memaklumkan, pengurusan masa pada masa ini perlu dilakukan sebaiknya dalam memberi fokus terhadap keluarga dan kerjaya.

“Dari segi masa, memang saya perlu teliti kerana dengan jadual yang padat antara kerjaya di bidang korporat, bisnes dan keluarga, dan terbaru apabila dilantik menjadi duta ESH sememangnya masa saya perlu diuruskan sebaiknya ” katanya kepada media.

Tambahnya, perniagaan restorannya yang baru dibuka di Publika tahun lepas akan mula diaktifkan kembali berikutan negara yang telah memasuki fasa endemik dan penjarakan sosial yang telah dilonggarkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: