Serdang – R Global Luxury Car Rental, sebuah entiti perniagaan yang menjalankan bisnes sewa kereta mewah berhasrat menambah jumlah kenderaan sebanyak 400 buah bermula tahun ini.
Pengerusinya, YM Tengku Dato Hishamuddin Zaizi menjelaskan, pertambahan itu bakal dilakukan secara berperingkat bermula Jun 2022 ini.
“Pihak kami bercadang menambah jumlah kereta mewah kerana permintaan yang tinggi dan memenuhi selera impian kereta idaman para pelanggan kami yang datang dari pelbagai latar” katanya.
Beliau juga turut menambah, pada tahun ini juga R Global bakal menukar nama kepada Car Dream Sdn Bhd namun masih mengekalkan entiti bisnes yang sama.

Ketua Pegawai Eksekutif, Jay Chin turut menyatakan antara sebab penukaran nama adalah bagi menggambarkan secara jelas kepada para pelanggan tentang jenis perniagaan yang menjurus kepada sewaan kereta mewah.
“Kita berhasrat akan menukar nama sekaligus melancarkan aplikasi yang kami bina khusus untuk sewaan kereta.
“Untuk tahun ini, kita akan memberi fokus sepenuhnya merancakkan kembali perniagaan lebih-lebih lagi selepas pandemik” katanya kepada media selepas majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim Baitul Uffah.
Bagi sewaan kereta mewah, antara jenis yang mendapat permintaan tinggi adalah Mercedes, BMW, Nissan GTR, Lamboghini, Ferrari dan sebagainya.
Turut hadir dalam majlis berbuka puasa dan menyantuni anak yatim adalah, Pengarah syarikat R Global, Dato’ Seri Mohamad Khafey Ikhwan,