Terkini

MyCar, Masjid Wilayah kerjasama lancar program ‘Jom Solat Tarawih’

Kuala Lumpur – Bagi memudahkan masyarakat setempat menunaikan solat terawih, penyedia kereta e-hailing, MyCar memberi diskaun RM2 kepada pengguna yang ingin ke Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.

Pengerusi Eksekutif MyCar, Datuk Noor Sheena berkata usaha ini adalah sebagai memudahkan orang ramai yang ingin menunaikan solat terawih agar tidak bersusah payah mencari tempat meletakkan kenderaan.

“Kita memahami apabila tiba bulan Ramadan, sudah tentu orang ramai datang ke masjid untuk berbuka puasa dan solat terawih berjemaah.

“Sudah pasti kawasan parkir juga penuh dan menyukarkan orang ramai meletakkan kenderaan, jadi bagi mengelakkan perkara itu terjadi, MyCar mengalu-alukan orang ramai menggunakan perkhidmatan kami dan akan menikmati diskaun sebanyak RM2” katanya.

Beliau yang ditemui ketika melancarkan program ‘Jom Solat Tarawih’ kerjasama dengan Masjid Wilayah Persekutuan, KL turut berharap usaha ini mendapat sambutan yang baik lebih-lebih lagi apabila negara sedang berada dalam fasa peralihan ke endemik dan kebenaran merapatkan saf juga telah bermula awal bulan ini.

“Saya amat terbuka dan berharap usaha kecil ini dapat meramaikan lagi umat islam ke masjid di bulan mulia ini” katanya.

Jelasnya lagi, usaha program sebegini bakal diperluaskan ke seluruh masjid di Lembah Kelang dan bercadang diteruskan lagi sehingga solat sunat Aidilfitri nanti.

Turut hadir pelancaran, Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Muhyidin Aziz@Saari bagi menyempurnakan program di Perkarangan Anjung A, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Turut diagihkan sumbangan kepada para pemandu MyCar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: