Terkini

PGDM, YES santuni anak-anak yatim

Klang – Pertubuhan Generasi Digital Media (PGDM) dengan kerjasama Yayasan Era Suria (YES) menyantuni anak-anak yatim dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di Royal Mustika Ballroom, Klang.

Seramai 20 orang anak yatim dari Rumah AL Yatama Syuhada Klang telah dirai dalam program komuniti korporat itu.

Pengerusi PGDM, Mohamad Azfar Afandi menjelaskan, menjadi objektif utama pertubuhan untuk turun padang membantu bukan sahaja golongan media B40 malah turut menyantuni masyarakat lain terutamanya golongan yang lebih memerlukan.

“Seperti tahun lepas, tahun ini kami meraikan anak-anak yatim di Klang dengan kerjasama Yayasan Era Suria.

“Namun kami masih lagi turun padang membantu terutama pengamal media kategori B40 dari segi bantuan keperluan harian” katanya.

Sementara itu, Pengerusia Ahli Lembaga Penasihat Yayasan Era Suria, Najmi Uji turut menambah, YES mempunyai cawangan di seluruh negara dan fokus utama untuk sentiasa turun padang memberi bantuan kepada golongan memerlukan.

“Untuk Ramadan tahun ini, kami bersama PGDM memberi bantuan berupa barangan keperluan serta sedikit sumbangan duit raya.

“Bagi sepanjang tahun ini, kami telah merangka beberapa program bantuan yang akan dipanjangkan di seluruh negara” jelasnya kepada media.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Pengarah Eksekutif YES, R.Nantha Kumar dan Pengerusi YES, Zulkifli Bujang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: