Berita hebat buat peminat filem sekalian! Setelah sekian lama tidak dapat menikmati filem-filem kegemaran di pawagan akibat pandemik, rakyat Malaysia kini berpeluang untuk kembali ke pawagam untuk menonton filem terbaru ‘blockbuster’ seperti sedia kala. Justeru, JACK ‘n JILL Calbee kembali untuk tingkatkan tahap penikmatan snek anda dan pengalaman menonton filem di pawagam dengan kempen ‘THE MOVIE ELEVATION’ pada Jun ini.
Kepada peminat filem, siap sedia untuk merebut hadiah berupa sesi tayangan persendirian untuk dinikmati bersama ahli keluarga dan rakan-rakan apabila membeli produk-produk JACK ‘n JILL Calbee. Bukan itu sahaja! Kempen ‘THE MOVIE ELEVATION’ JACK ‘n JILL Calbee akan bermula dari Jun 1 hingga 30 2022. Sepanjang tempoh ini, sebanyak 200 pasang tiket wayang percuma juga akan diberikan (ditebus menerusi kod promosi dan boleh digunakan dalam tiga bulan) untuk menonton sebarang filem di pawagam-pawagam terpilih di seluruh negara. Setiap penyertaan layak yang ke-10 dapat menebus sepasang tiket wayang dan kesemua penyertaan yang layak berpeluang untuk merebut tiga hadiah utama berupa tayangan persendirian di pawagam.

Snek kentang JACK ‘n JILL Calbee boleh didapati dalam tiga perisa berlainan iaitu JACK ‘n JILL Calbee ‘Flamin’ Chilli’, ‘Smoky BBQ’ dan ‘Classic Salted’. Bayangkanlah pengalaman menikmati keenakkan kerepek kentang rangup dan beralun yang diperbuat daripada kentang premium di pawagam. Kerepek kentang JACK ‘n JILL Calbee sangat sedap dan akan tingkatkan deria rasa dan pengalaman memakan snek!
“Kami percaya ia adalah masa yang baik untuk menikmati filem-filem ‘blockbuster’ baru yang akan mula tayang pada musim panas ini sambil meningkatkan tahap snek and pengalaman menonton bersama JACK ‘n JILL Calbee. Ia merupakan snek kerepek kentang rangup sempurna untuk dinikmati untuk semua genre filem dan tontonan, termasuk juga semasa dirumah! Rakyat Malaysia kini bermula untuk menyesuaikan diri kepada norma baharu sambil berjalan keluar. Kami berharap kempen ini akan dapat menggalakkan orang ramai untuk menonton wayang bersama keluarga dan rakan-rakan dengan tiket wayang percuma dan sesi tayangan persendirian di pawagam yang sedia untuk ditebus atau dimenangi,” kata Maria Sarah Albert, Pengurus Besar URC Snack Foods (Malaysia) Sdn. Bhd.
Cara penyertaan adalah mudah. Anda hanya perlu membuat pembelian produk JACK ‘n JILL Calbee bernilai RM12 dalam satu resit tunggal pada bulan Jun. Selepas membeli, hantarkan resit tersebut dengan nama, nombor MyKad dan negeri anda serta menjawab satu soalan mudah ke +6011-5500-1878.