Terkini

KKM, pakar patologi kulit UPM kaji penyakit Ustaz Kazim

BEBERAPA pihak termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan universiti tempatan tampil membantu mengkaji dan mengenal pasti penyakit misteri yang ditanggung pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias.

Menurut Mohd Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, pakar dari Institut Penyelidikan Perubatan, KKM telah datang bertemunya semalam dan beliau dijadualkan bertemu dengan pakar patologi kulit dari Universiti Putra Malaysia pada Khamis ini.

“Mereka akan membuat biopsi untuk kenal pasti jenis penyakit saya dan kaji apa sebenarnya yang berlaku. Sebelum ini saya sudah berjumpa dengan lapan doktor pakar dan pakar kulit menyatakan hanya sakit kulit biasa dan akan hilang apabila pakai krim.

“Tetapi sehingga sekarang sakit saya tidak sembuh. Mereka mengikuti perkembangan saya dan ambil keputusan untuk bantu dengan membuat biopsi untuk kenal pasti penyakit ini.

“Selain mereka, ada beberapa pihak lagi yang datang menghulurkan bantuan termasuk daripada persatuan doktor dan individu-individu lain yang ingin turut sama membantu,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Sehubungan itu, Ustaz Kazim meluahkan rasa syukur kerana ada pihak yang tampil membantu pada saat beliau terbuka untuk berkongsi sakit yang deritainya selama ini.

Sebelum ini, Ustaz Kazim berkongsi secara terbuka penderitaan yang dialaminya sejak lapan bulan lalu yang menyebabkan luka di seluruh badan termasuk muka.

Katanya, keadaan itu bukan sahaja menyebabkan rasa sakit, gatal dan pedih, malah membuatkan beliau gelisah hingga tidak boleh tidur seharian sejak beberapa bulan lalu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: