Politik

1MDB: Permohonan jadikan Arul Kanda saksi dijangka curi perhatian

Kuala Lumpur – Permohonan untuk tertuduh menjadi saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa meminda laporan audit 1MDB yang dijadualkan didengar esok dijangka mencuri perhatian ramai.

Permohonan itu, yang akan didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan, bakal menentukan sama ada bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, yang turut didakwa dalam kes itu, boleh dipanggil sebagai saksi pendakwaan.

Arul Kanda sendiri tidak bersetuju memberi keterangan bagi pihak pendakwaan terhadap Najib, lapor Free Malaysia Today.

Berbeza dengan Datuk Seri Rizal Mansor dan Datuk Tan Eng Boon yang dilepaskan pihak pendakwaan sebelum memberi keterangan dalam kes Datin Seri Rosmah Mansor serta Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Arul Kanda kekal sebagai tertuduh atas dakwaan membantu dan bersubahat dengan Najib dalam perbicaraan meminda laporan audit 1MDB.

Pada 20 Mei lalu, pihak pendakwaan mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 63 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 untuk Arul Kanda memberi keterangan terhadap Najib.

Seksyen 63 menyatakan apabila dua atau lebih orang didakwa atas suatu kesalahan di bawah akta berkenaan, mahkamah berdasarkan permohonan pendakwa raya, boleh mengarahkan mana-mana tertuduh terbabit memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan.

Gopal Sri Ram, yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes itu, cuba mewajarkan permohonan itu dengan berkata, Arul Kanda mempunyai maklumat penting yang boleh mempengaruhi keputusan kes pendakwaan terhadap Najib.

Peguam utama Najib, Tan Sri Shafee Abdullah membantah permohonan itu atas alasan prejudis terhadap anak guamnya.

Seksyen 63, yang berasal daripada Kanun Prosedur Jenayah India 1898, pada asalnya dimasukkan ke dalam undang-undang Malaysia melalui Seksyen 19 Akta Pencegahan Rasuah 1961.

Menurut pakar undang-undang memberitahu peruntukan itu hanya pernah digunakan dua kali – pada awal 1970-an di bawah undang-undang 1961 yang sudah dimansuhkan.

Sebelum membuat keputusan, Zaini perlu berdepan beberapa soalan penting, termasuk sama ada seseorang tertuduh boleh dipanggil memberi keterangan bagi pihak pendakwaan, sama ada dia boleh diarahkan memberi keterangan terhadap individu yang dituduh bersamanya, dan sama ada dia boleh diarahkan berbuat demikian atas risiko menunjukkan dirinya bersalah.

Tidak kira apa keputusannya, ia bakal direkodkan dalam sejarah undang-undang moden.

Kredit: Malaysiapost

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: