Hiburan

Hamid Gurkha meninggal dunia

Kuala Lumpur – Pelawak legenda, Hamid Gurkha, 90, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, sebentar tadi.

Berita pemergian Hamid atau nama sebenarnya, Abdul Hamid Abdul Rahman pada jam 2.19 petang itu, disahkan anak bongsunya, Nor Ashita Hamid.

Nor Ashita berkata, doktor mengesahkan arwah bapa mempunyai penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain.

“Kami reda atas pemergian arwah.Allah lebih menyayangi arwah selepas enam hari dimasukkan ke hospital,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Katanya, jenazah arwah masih berada di hospital untuk melalui beberapa prosedur.

“Saya dan adik-beradik tak dapat menjangkakan bila pengebumian akan dilaksanakan.

“Mungkin hari ini atau esok, tetapi kami berharap urusan pengebumian dapat dipercepatkan,” katanya.

Khamis lalu, Nor Ahita menafikan arwah dalam keadaan tenat hingga terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bagaimanapun, Nor Ashita memaklumkan, arwah bapanya dalam keadaan stabil dan terkawal selepas dirawat di hospital akibat selepas mengalami batuk teruk.

Pada Aidilfitri lalu, media melaporkan, Hamid yang mula dikenali menerusi filem ‘Panglima Badol’ pada 1978 hanya terlantar atas katil selepas diuji jangkitan Covid-19 pada Februari lalu.

Hamid dan Timah Abdul Hamid, 80, mendirikan rumah tangga enam dekad pada April 1957 dan dikurniakan lapan cahaya mata.

Namun dua daripadanya meninggal dunia. Allahyarham juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: