Politik

Pertimbang semula kenaikan gaji tahunan penjawat awam

Kuala Lumpur – Pemuda Umno meminta kerajaan untuk mempertimbangkan kembali kenaikan gaji tahunan bagi penjawat awam termasuk menaikkan imbuhan tetap atau elaun.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini kerana dengan kenaikan kos sara hidup, harga barang yang mendadak dan penyelarasan gaji minima, pihaknya mahu mencadangkan alternatif itu untuk Bajet 2023 akan datang.

Katanya, kenaikan gaji tahunan untuk penjawat awam itu patut diteruskan kerajaan kerana ia adalah hasrat kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu sebelum dibatalkan oleh pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

“Pada tahun 2018, Perdana Menteri waktu itu Datuk Seri Najib Razak telah umum kenaikan satu KGT (Kenaikan Gaji Tahunan) bagi penjawat awam yang sepatutnya berkuatkuasa setiap tahun bermula 1 Julai 2018.

“Bagaimanapun, apabila PH ambil alih kerajaan, mereka membatalkan pemberian KGT tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Asyraf Wajdi berkata, selain kenaikan gaji tahunan, satu lagi alternatif adalah dengan menaikkan imbuhan tetap atau elaun layak untuk penjawat awam.

“Iaitu termasuklah ITP (Imbuhan Tetap Perumahan), ITKA (Imbuhan Tetap Khidmat Awam) BISH (Bayaran Imbuhan Sara Hidup) bagi kelayakan diploma ke bawah dan kelayakan ijazah ke atas,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan berusaha mengadakan pertemuan dan berbincang dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Menteri Kewangan sebelum membawa cadangan ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk dipertimbang.

“Insya-Allah jika BN kembali memerintah selepas PRU15, politik stabil, ekonomi kembali pulih dengan pertumbuhan kembali memuncak dan keyakinan pelabur domestik dan asing untuk melabur secara pesat sebagaimana dahulu, Insya-Allah kenaikan gaji akan seiring dengan keupayaan negara dan keseimbangan kenaikan harga barangan jua,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: