Sukan

Pemain Harimau Malaya perjelas kontroversi rai kejayaan di kelab malam

Kuala Lumpur – Sejak malam tadi tular satu video memaparkan beberapa pemain skuad Harimau Malaya meraikan kemenangan mereka di sebuah pusat kelab malam selepas berjaya ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Menerusi video berdurasi lapan saat itu, kelihatan pemain Junior Eldstal, La’Vere Corbin-Ong, Dominic Tan dan Darren Lok berada di kelab malam tersebut sambil dilayan pelayan menuangkan minuman keras.

Difahamkan video tular itu mengundang kritikan orang ramai kerana terlihat pemain kebangsaan beragama Islam turut berada di lokasi berkenaan.

Ekoran penularan video terbabit, portal Harimau Malaya berjaya mendapatkan penjelasan daripada salah seorang pemain iaitu Junior yang menjelaskan bahawa ini adalah salah faham.

“Saya tahu ramai salah faham dengan video tersebut terutama di sini (Malaysia) yang boleh memperlihatkan tidak baik. Saya tidak boleh komen dengan lebih lanjut mengenai video itu, tetapi terdapat pemain-pemain bukan muslim bersama.

“Apabila sesuatu yang berlaku seperti ini iaitu berjauhan dengan keluarga dan rakan selama sebulan dan kemudian berjaya mengecapi kejayaan, ia satu momen yang cukup bahagia untuk kami keluar dan meraikannya,” katanya. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: