Terkini

PM umum tambang LRT, MRT, BRT percuma selama sebulan

Kuala Lumpur – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL selama sebulan, bermula hari ini. 

Perdana Menteri berkata, pemberian perkhidmatan percuma itu melibatkan Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), Bas Rapid Transit (BRT) serta bas RapidKL, sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu hari ini. 

Katanya, kerajaan memahami masalah rakyat terutama kenaikan harga barang yang sedikit membebankan dan kos sara hidup yang semakin meningkat. 

“Oleh itu sempena pembukaan rasmi MRT laluan Putrajaya fasa 1, saya sukacita umumkan pemberian perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian Rapid KL, MRT, LRT, BRT dan monorel serta bas Rapid KL selama sebulan,” katanya. 

Sehubungan itu, Ismail Sabri turut berharap Keluarga Malaysia yang terlibat mengambil kesempatan mencuba perkhidmatan pengangkutan awam ini dan meletakkan kenderaan masing-masing di ‘Park N Ride’ dan #JomNaikMRT.  

Beliau berkata, MRT Laluan Putrajaya yang dibangunkan dalam dua fasa, menyediakan perkhidmatan kepada 2 juta penduduk di koridor bermula dari kawasan Kwasa Damansara ke Putrajaya, pusat pentadbiran kerajaan.  

“MRT Laluan Fasa Satu melibatkan perjalanan dari Damansara hingga Kampung Batu manakala Laluan Fasa Dua yang kini hampir siap sepenuhnya, melibatkan laluan dari Kampung Batu ke Putrajaya,” katanya. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, laluan Fasa Dua akan melalui kawasan strategik termasuk  Pusat Bandar Kuala Lumpur dengan stesen bawah tanah seperti Titiwangsa, Hospital Kuala Lumpur, Ampang Park, Persiaran KLCC dan Tun Razak Exchange (TRX).  

Menurutnya, MRT Laluan Putrajaya sepanjang 57.7 kilometer ini mempunyai 36 buah stesen terdiri daripada 27 buah stesen bertingkat dan sembilan buah stesen bawah tanah dan jumlah keseluruhan bagi pembinaan jajaran ini adalah sebanyak RM30.53 bilion.    

“Pihak MRT juga kini dalam perancangan untuk menambah empat lagi stesen baharu pada masa akan datang agar akses kepada pengangkutan awam dapat terus ditingkatkan,” katanya. 

Beliau berkata, pembukaan sepenuhnya MRT Laluan Putrajaya dijangka mencatat bilangan awal penumpang harian melebihi 104,000 orang dan  diharap dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang kini menghantui Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: