Gaya Hidup

Senheng x Samsung Premium Experience Store lancar pembukaan pertama di Asia tenggara

Kuala Lumpur – Samsung Malaysia Electronics hari ini melakar sejarah dengan mengumumkan pembukaan Senheng x Samsung Premium Experience Store yang pertama di Asia Tenggara, terletak di Shoppes, Four Season Place.

Kedai mega baharu seluas 5,399 kaki persegi itu menawarkan enam zon pengalaman kepada pengguna untuk merasai pengalaman hebat produk Samsung seperti siri Galaxy S terkini, Galaxy Hearables dan Wearables, projektor Freestyle, barang-barang elektrik BESPOKE dan banyak lagi.

Presidennya Edward Han berkata, pihaknya teruja menjalinkan kolaborasi jangka masa panjang dengan Senheng sebagai usaha meningkatkan pengalaman pengguna.

Sementara itu, Pengerusi Senheng, Lim KH berkata, kolabrasi rakan kongsi tersebut dijangka membuka peluang kepada era ketersambungan dan kolaborasi dalam perniagaan.

“Usaha ini mampu memberi cara baharu untuk menyampaikan pengalaman pengguna yang lebih baik merentasi peranti, aplikasi dan perkhidmatan supaya semua orang di seluruh Malaysia dapat merasai produk terbaharu Samsung” katanya.

Bersempena pelancaran itu, pelanggan boleh menikmati tawaran menarik dengan pembelian mereka dari 17 hingga 21 Jun ini di kedai dan melalui aplikasi mudah alih Senheng.

Ia termasuk tawaran rebat bernilai RM1,000 untuk setiap pembelian Galaxy Z Flip3 5G dan hadiah percuma bernilai RM2,599 melalui pembelian TV QLED 4K. Selain itu, anda juga boleh menerima hadiah percuma bernilai RM3,699 apabila membeli peti sejuk BESPOKE 2 .

Untuk keterangan lanjut, boleh melayari lama web Samsung dan Senheng.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: