Bisnes

Capital A raih sokongan pemegang saham untuk strategi kumpulan

SEPANG – Capital A Berhad (dahulunya dikenali sebagai AirAsia Group Berhad) (“Capital A” atau “Kumpulan”) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (“AGM”) kali kelima pada hari ini, di mana semua resolusi yang dibentangkan telah diluluskan sebulat suara.

Capital A juga telah menerima laporan audit bersih oleh Juruaudit Ernst & Young, yang telah dibentangkan pada mesyuarat agung pada hari ini dan diterima oleh para pemegang saham sekaligus menunjukkan keyakinan mereka terhadap keupayaan Capital A untuk meneruskan perniagaannya pada masa hadapan.

Sokongan yang telah diraih pada hari ini untuk strategi serta pelan perniagaan Kumpulan daripada barisan pemegang saham dalam mesyuarat agung tersebut membolehkan Capital A untuk terus maju ke hadapan dengan pelan pertumbuhan strategiknya.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tan Sri Tony Fernandes berkata: “Laporan audit bersih ini merupakan langkah yang penting untuk menangani isu status PN17 dan kami yakin akan dapat mengatasinya dalam beberapa bulan akan datang. Pelan penyusunan semula status PN17 kami berada pada landasan yang betul, di mana pihak pengurusan kami sedang bekerja keras untuk membangunkan pelan tersebut dengan mengambil kira pelbagai solusi tanpa cadangan untuk kecairan modal atau peningkatan ekuiti. Kami yakin dapat memenuhi tarikh akhir untuk menyerahkan pelan tersebut kepada pihak Bursa Malaysia pada awal Januari 2023.”

Berdasarkan permintaan kukuh terhadap perjalanan udara serta rancangan untuk pulih kepada kapasiti pra-Covid, beliau menambah, “Syarikat penerbangan kami mempunyai pelan yang strategik untuk kembali terbang tinggi dengan model yang lebih kukuh untuk mencapai operasi yang lebih baik dan berdaya maju untuk masa hadapan.”

Beliau seterusnya berkata, “Dari sudut digital pula, kami akan terus mengorak langkah bersama cita-cita kami untuk menjadi aplikasi super pilihan terkemuka di Asean, menjadikan Teleport sebagai penyedia perkhidmatan logistik terkemuka dengan rangkaian terpantas dan terbaik serta menjadikan BigPay sebagai neobank yang memberikan nilai terbaik di seluruh rangkaian kewangan kami. Kami juga berusaha untuk menjadi pilihan utama kepada para pelanggan dengan menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi dan bernilai terbaik pada kos terendah untuk semua.”

Berkenaan rancangan untuk menyenaraikan AirAsia atau perniagaan digital di AS, Tan Sri Tony Fernandes berkata, “Kumpulan kami sedang menilai semua pilihan pengumpulan dana, termasuk tawaran persendirian, penyenaraian langsung atau penyenaraian melalui penggabungan dengan SPAC (Syarikat Pemerolehan Tujuan Khas)” sambil menambah bahawa “penyenaraian dalam pasaran AS amat menarik memandangkan senarai tersebut mampu memberikan kecairan dan menjangkau pelbagai pelabur.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: