Sukan

FAM bincang imbuhan untuk pasukan Harimau Malaya

Kuala Lumpur – Kerajaan akan berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung imbuhan yang akan diberikan kepada skuad Harimau Malaya susulan kejayaan layak ke Piala Asia 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata apa juga bentuk imbuhan yang akan diberikan bakal ditentukan dalam pertemuan bersama FAM.

Beliau memaklumkan skuad negara dijangka akan lebih banyak menyertai perlawanan persahabatan antarabangsa sebagai persiapan menghadapi saingan Piala Asia tahun depan.

“Saya akan bincang dengan Menteri Belia dan Sukan serta FAM, jadi kita tak tahu, adakah imbuhan akan diberi, kalau ada, akan beri terus kepada FAM atau pemain,” katanya dalam sidang media di ibu negara, hari ini.

Skuad negara bimbingan Kim Pan Gon layak ke saingan Piala Asia secara merit selepas berjaya menumpaskan Bangladesh 4-1.

Ismail Sabri berkata, selain Harimau Malaya, pasukan hoki negara yang layak ke piala dunia juga perlu diberikan imbuhan.

“Jadi, apa bentuk imbuhan akan dibincang dengan presiden FAM dan presiden hoki,” katanya lagi.

Mengenai usaha membaik pulih Stadium Nasional Bukit Jalil, Ismail Sabri berkata Kabinet telah lama meluluskan peruntukan bagi tujuan itu.

“Mulai semalam padang (stadium) ditutup untuk pembaikkan, saya harap tak ada isu tentang padang kerana kabinet dah setuju, sudah lama diluluskan untuk dibaikpulih padang,” katanya. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: