Politik

PM tidak tolak kemungkinan PRU15 diadakan lebih awal

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan lebih awal sebelum tempoh berakhir pada Julai tahun hadapan.

Sehubungan itu, beliau meminta semua jentera Barisan Nasional (BN) agar sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi pilihan raya berkenaan yang boleh dilaksanakan bila-bila masa sahaja.

Menurut beliau, lazimnya tarikh pilihan raya umum tidak dibincangkan secara umum.

“Pilihan raya (PRU15) paling lewat boleh diadakan adalah pada bulan Julai (2023) dan tamat tempoh. Walaupun tamat tempoh (bulan) Julai ianya lebih kurang setahun daripada sekarang… setahun tidak lama bagi parti politik untuk menghadapi pilihan raya.

“Setahun bukanlah satu jangka masa yang lama, jadi kena bersedia. Itu kalau paling lewat setahun pilihan raya, mungkin (PRU) diadakan lebih awal daripada tarikh akhir penggal,” katanya memetik Astro Awani.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis Ramah Mesra Petugas Jalinan Rakyat (JR) Wanita Bera bersama Perdana Menteri di Kompleks Rakan Muda di Bera, hari ini.

Ismail Sabri berkata, persediaan awal amat penting bagi memastikan jentera pilihan raya tidak kelam-kabut dan dapat bergerak lancar selepas tarikh pilihan raya diumumkan kelak.

Sementara itu, ditanya mengenai Akta Pendanaan Politik, Perdana Menteri berkata, perkara itu sedang dalam kajian awal dan melalui prosedur yang ditetapkan sebelum dibahas dan diluluskan.

Katanya, pada masa ini Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Undang-Undang di bawah Jabatan Perdana Menteri telah diminta membuat kajian terperinci mengenai perkara itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: