Sukan

Safee Sali umum koleksi NFT ‘SEPULUH’

Kuala Lumpur – Lagenda bola sepak Malaysia Safee Sali dengan kerjasama Prime Sports NFT; bahagian sukan NFT di bawah Prime Sports International (PSI) pada hari ini telah mengumumkan pelancaran ‘SEPULUH’ NFT (Non-fungible token), 10 koleksi digital yang akan dilelong bermula pada 22 Jun 2022 melalui pasaran NFT digital; OpenSea. Peminat akan berpeluang membida untuk menjadi pemilik eksklusif 10 NFT terhad dan berpeluang untuk berkongsi padang dengan Safee sendiri, serta akan mendapat cetakan berbingkai NFT dan akses kepada komuniti peribadi untuk ahlinya.

Melalui perkongsian visi yang sama, Safee Sali bekerjasama dengan Prime Sports NFT untuk meningkatkan penglibatan dan interaksi bersama peminat-peminatnya. Selain daripada itu, projek NFT itu membawa kepada kerjasama dengan artis tempatan, Nicholas Chuan untuk membentuk koleksi Safee tersebut. Berasal dari Pulau Pinang, artis berusia 20 tahun itu membawa portfolio ilustrasi untuk organisasi terkenal dunia seperti UEFA, Red Bull Racing Formula 1, Liverpool FC dan FC Bayern.

Inspirasi disebalik ‘SEPULUH’ merupakan pencapaian kegemilangan Safee Sali ketika Piala AFF Suzuki pada tahun 2010 dan seterusnya memperoleh “Golden Boot” bagi kejayaannya sebagai penjaring terbanyak pada tahun pertandingan tersebut. Ilustrasi NFT tersebut menggunakan gambaran ikonik yang masih kekal sebagai salah satu pencapaian terbesarnya di pentas antarabangsa untuk Malaysia. “Visi saya untuk ‘SEPULUH’ adalah untuk mengenang kenangan terindah saya memakai jersi Harimau Malaya melalui seni digital dan membolehkan peminat memiliki sekeping cerita saya sebagai koleksi. Peminat saya telah memberi sokongan sepanjang karier saya dan SEPULUH NFT telah membuka pintu untuk mengeratkan hubungan saya bersama mereka” kata Safee Sali.

Pelancaran ‘SEPULUH’ NFT juga merupakan projek sulung dan cetusan idea Prime Sports NFT, pelopor dalam industri yang bertujuan untuk menyilangkan dunia sukan, seni dan budaya. Bekerja secara kolaboratif dengan pelbagai atlet, artis dan rakan kongsi di rantau ini, Prime Sports NFT memainkan peranan penting dalam strategi, idea dan memupuk proses kreatif dalam pelancaran projek tersebut bersama Safee. Selain itu, projek ‘SEPULUH’ NFT ini juga dalam perkongsian bersama ‘Professional Footballers Association of Malaysia’  (PFAM), dan sebahagian daripada hasil jualan NFT tersebut akan disalurkan kepada dana pembangunan pemain bola sepak profesional di Malaysia.

Pengasas Prime Sports NFT, Yong-Chul Yun berkata “Secara global, aset digital semakin membesar dan disokong tinggi dalam dunia sukan dan dengan ini kami berharap dapat mengubah cara peminat berinteraksi dengan pasukan dan atlet kegemaran mereka.

Dengan pelancaran NFT ‘SEPULUH’ kami teruja kerana dapat menjadi pemboleh inovasi tersebut. Peranan kami dalam menghubungkan Safee dengan artis berbakat seperti Nicholas, benar-benar memberi ganjaran dan sekarang kami sedang bekerja dengan lebih ramai atlet, artis dan organisasi di Malaysia” kata Yong-chul Yun.

Nicholas Chuan, merupakan artis di sebalik ‘SEPULUH NFT’ berkata “Saya berbesar hati kerana diberi peluang bekerja rapat dengan wira negara seperti Safee dan merealisasikan visinya untuk aset digital koleksi ini. Bekerja secara kolaboratif dan kreatif dengan minda inovatif dalam bidang sukan sepertinya merupakan pengalaman yang saya tidak akan lupakan. Secara keseluruhannya, saya bersyukur bahawa karya saya diiktiraf dan saya teruja untuk melihat apakah yang akan disediakan untuk peminat dan pemilik’ SEPULUH’”.
Bermula dari 22 Jun 2022 pada 12PM, ‘SEPULUH’ NFT daripada Safee Sali akan disiarkan secara langsung untuk lelongan melalui Opensea. Peminat akan berpeluang untuk membida bilangan terhad 10 NFT dalam koleksi sehingga 11 Julai 2022, 11:59PM. Ditempa pada blockchain Ethereum, NFT akan membuka pelbagai faedah untuk pemiliknya termasuk pengalaman yang eksklusif dan saluran komuniti persendirian bersama Safee Sali.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: