Bisnes

AirAsia X lantik Pengarah Bebas Bukan Eksekutif baharu, sokong era baharu perkhidmatan penerbangan jarak jauh dengan tambang rendah

SEPANG AirAsia X (AAX) telah mengumumkan pelantikan Farouk Kamal sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif baharu berkuatkuasa serta merta, sejajar dengan strategi baharu syarikat itu dalam mentransformasikan perkhidmatan penerbangan jarak jauh dengan tambang rendah.

Pelantikan Farouk Kamal juga mencerminkan era baharu AAX untuk memacu strategi baharunya untuk masa depan yang berdaya maju.

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kanan dan Ahli Jawatankuasa Pencalonan AAX Dato’ Fam Lee Ee berkata: “Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan kehadiran Farouk Kamal, yang membawa pengalaman luas tadbir urus korporat dalam bidang kewangan, pelaburan, pembangunan ekuiti, transformasi dan kepakaran dalam kepelbagaian korporat. Beliau juga akan menyuntik perspektif baharu bagi hala tuju strategik AAX yang telah melancarkan perkhidmatannya semula dan menyokong pelbagai inisiatif yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi.“

Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutif Bukan Bebas AAX Tan Sri Tony Fernandes berkata, “Kehadiran Farouk sebagai ahli lembaga pengarah AAX baharu adalah tepat pada masanya kerana AAX juga telah merekodkan jualan yang memberangsangkan pada minggu ini. Kami percaya beliau akan memberi sumbangan yang berharga sebagai ahli lembaga pengarah yang berpengalaman. AAX merupakan bahagian yang penting dalam keseluruhan strategi pengembangan kumpulan kami di mana ia akan melengkapkan ekosistem semua syarikat portfolio dan matlamat transformasi kami sebagai sebuah platform perjalanan dan gaya hidup pilihan terkemuka global.”

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AAX Farouk Kamal berkata: “Saya amat berbesar hati untuk menyertai AAX sejajar dengan penyambungan semula operasi baharu mereka dan merevolusikan perkhidmatan penerbangan jarak jauh dengan tambang rendah bernilai hebat merentasi Asean dan seterusnya, ke Asia Pasifik, Timur Tengah dan Eropah. Saya yakin permulaan baharu AAX sebagai sebuah syarikat penerbangan gabungan kargo dan penumpang akan menjadikan perkhidmatan penerbangan jarak jauh berdaya maju secara komersial dan berpatutan untuk para tetamu kami.

“Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan lembaga pengarah AAX, Ketua Pegawai Eksekutif AAX Benyamin Ismail dan barisan kepimpinan kanan yang lain untuk membawa syarikat penerbangan ini ke tahap yang lebih tinggi.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: