Bisnes

AirAsia X perkukuh lembaga pengarah dengan pelantikan ahli profesional berpengalaman sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif baharu

SEPANG – AirAsia X (AAX) memperkukuh kekuatan barisan Ahli Lembaga Pengarah dengan pelantikan Tunku Dato’ Mahmood Fawzy sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif baharu berkuatkuasa serta merta.

Sebagai seorang ahli profesional berpengalaman, Tunku Fawzy bersama-sama barisan eksekutif AAX akan memberi tumpuan kepada pertumbuhan strategik syarikat penerbangan itu dengan model perniagaan yang lebih kukuh, seterusnya menawarkan lebih nilai kepada semua pihak berkepentingan pada masa hadapan.

Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif dan Ahli Jawatankuasa Pencalonan AAX Dato’ Fam Lee Ee berkata: “Kami berbesar hati untuk mengumumkan pelantikan Tunku Fawzy sebagai ahli baharu Lembaga Pengarah AAX. Pengalaman beliau yang luas sebagai seorang ahli Lembaga Pengarah, ahli Jawatankuasa Penasihat Utama dan Pengerusi kepada pelbagai organisasi yang berjaya serta dalam industri penerbangan menjadikan beliau seorang yang tepat untuk membantu mempercepat pertumbuhan AAX.

“Bagi pihak barisan ahli Lembaga Pengarah yang lain, kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan Tunku Fawzy untuk membawa syarikat penerbangan ini ke peringkat seterusnya.”

Pengasas bersama dan Pengarah Eksekutif Bukan Bebas AAX Tan Sri Tony Fernandes berkata, “AAX kini berada dalam era baharu dan kami akan memberikan tumpuan sepenuhnya untuk membina semula AAX sebagai sebuah syarikat penerbangan jarak sederhana dan jauh bernilai hebat. Permintaan untuk perjalanan antarabangsa semakin pulih dan AAX berada pada kedudukan yang baik untuk memacu pemulihan industri pelancongan secara dramatik. Kami berharap dapat mencapai visi ini dengan kerjasama, pengalaman dan kepakaran Tunku Fawzy.”

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AAX Tunku Dato’ Mahmood Fawzy berkata, “Ini merupakan masa yang terbaik untuk menyertai AAX. Saya mengagumi jenama dan perniagaan yang telah dibangunkan oleh Datuk Kamarudin dan Tan Sri Tony serta nilai Kumpulan ini. Saya teruja untuk mengembangkan asas yang telah dibangunkan untuk masa hadapan syarikat ini dan meningkatkan nilai untuk para pemegang saham. Setelah kejayaan memimpin beberapa buah syarikat melalui pertumbuhan dan pengembangan, saya bersedia menyumbang kepakaran untuk membawa AAX ke tahap seterusnya.

“Saya berharap untuk bekerjasama dengan seluruh ahli Lembaga Pengarah dan pasukan kepimpinan yang lain, terutamanya Ketua Pegawai Eksekutif AAX Benyamin Ismail dalam memanfaatkan pelbagai peluang perniagaan di masa hadapan dan melakar kejayaan untuk AAX.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: