Politik

PRU15: PN bakal perkenalkan logo baharu 

Kuala Lumpur – Perikatan Nasional (PN) akan memperkenalkan logo baharu untuk digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia susulan cadangan mengubah suai logo sedia ada yang dibuat pada Mesyuarat Majlis Tertinggi PN, dua minggu lepas.

“Kita akan buat penambahbaikan dan ada simbol yang digunakan. Kita akan perkenalkan dan dimaklumkan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Muhyiddin mengulas kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berhubung penggunaan logo baharu parti itu bagi menghadapi PRU15, baru-baru ini.

Presiden Bersatu itu berkata, perkara berkenaan sedang diteliti oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Apa yang saya faham maksud beliau (Abdul Hadi) merujuk kepada keputusan Majlis Tertinggi PN yang mencadangkan beberapa perubahan dibuat ke atas logo diguna pakai ketika ini,” katanya.

Muhyiddin berkata, selaras penggunaan logo baharu itu, perlembagaan PN perlu dipinda.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Ahmad Amzad Hashim, membayangkan parti itu menggunakan logo sendiri untuk calonnya bertanding pada PRU15 di beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah, manakala logo PN di negeri lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: