Terkini

Kasut kurniaan Sultan Johor, bukan beli

Johor Bharu – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyifatkan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang mendakwa beliau berbelanja mewah mengenakan sepasang kasut berharga RM40,000 sebagai fitnah.

Sebaliknya beliau menjelaskan, kasut yang dipakainya adalah kurniaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, bukan hanya kepadanya, malah barisan Exco terdahulu.

“Fitnah dan tohmahan perlu dihentikan. Untuk rekod, ini adalah kurniaan Kebawah Duli Tuanku Sultan. 

“Ini bukan perkara baru, malah Kebawah Duli Tuanku ada juga memberi kurniaan kepada barisan exco kerajaan yang lepas dan kepada pegawai kerajaan negeri sebagai motivasi untuk sentiasa bekerja keras untuk rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam hantaran itu, Onn Hafiz turut berkongsi tangkap layar laporan akhbar Cina berkenaan dengan tertera tulisan RM40,000?

Pada masa sama, akhbar tersebut berkongsi gambar Onn Hafiz memakai baju Melayu bersama kasut yang didakwa berharga puluhan ribu ringgit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: