Terkini

Lotus’s Malaysia #KitakanJiran tingkat kesedaran mengenai penjagaan diri dan bagaimana menjadi Pengguna Bijak

Kota Bharu – Sukarelawan #KitakanJiran Lotus’s Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) menaiki bot untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan dan kesejahteraan kepada penduduk Pulau Sri Tanjung di Kota Bharu, Kelantan, memanfaatkan lebih daripada 600 keluarga termasuk anak-anak mereka. Program komuniti ‘Kelantan Dekat di Hati’ turut dijayakan oleh sukarelawan daripada Lifebuoy Malaysia, Bulan Sabit Merah Malaysia dan Jabatan Kesihatan Kelantan.

“Menjaga kesejahteraan komuniti sentiasa menjadi teras kepada semua program kemasyarakatan Lotus’s. Oleh kerana terdapat keperluan untuk meningkatkan kesedaran dalam penjagaan diri dan untuk menjadi seorang pengguna yang lebih bertanggungjawab dan bijak, kami mempunyai lebih daripada 50 sukarelawan dari Lotus’s Malaysia dan rakan kerjasama kami untuk berkongsi pengetahuan dalam membuat keputusan termaklum apabila membeli- belah, penjagaan kebersihan diri dan tabiat pemakanan yang lebih sihat serta meningkatkan kesedaran mengenai status kesihatan mereka untuk membantu komuniti di sini menjaga diri dan keluarga mereka dengan lebih baik, kata Hanim Hamdan, Ketua Komunikasi dan Tanggungjawab Sosial Korporat, Lotus’s Malaysia.

Program seharian itu melibatkan Lotus’s Malaysia dan Jabatan Kesihatan Kelantan memberi pandangan tentang bagaimana untuk menjadi seorang Pengguna yang Bijak dan cara-cara pengamalan pemakanan yang sihat. Oleh kerana label makanan sering diabaikan ketika membeli bekalan barangan runcit untuk seisi keluarga, sesi ini bertujuan untuk mendorong masyarakat di pulau ini untuk mengetahui cara membaca label pada produk yang dibeli dengan betul dan apa yang membentuk pemakanan yang baik bagi hidangan yang disediakan.


Bulan Sabit Merah Malaysia juga menjalankan pemeriksaan kesihatan percuma dan konsultasi kepada kebanyakan penduduk di Pulau Sri Tanjung, manakala Lifebuoy Malaysia menunjukkan kaedah mencuci tangan dengan betul kepada kanak-kanak di pulau itu.

Pengurus Perancangan Strategik Pelanggan Lifebuoy, Martin Yong berkata, “Adalah penting untuk kita mendedahkan anak-anak kita kepada kepentingan mencuci tangan dengan betul dan bagaimana ia boleh menjejaskan kesihatan mereka jika mereka tidak. Kami berharap demonstrasi dan perkongsian kami akan menggalakkan mereka untuk sentiasa mempraktikkan pencucian tangan agar dapat mencegah penyebaran penyakit tangan, kaki dan mulut yang telah menunjukkan peningkatan yang ketara di Malaysia baru-baru ini”.

Di samping itu, Lotus’s Malaysia juga menyumbangkan kereta sorong berkeperluan khas kepada kanak-kanak cerebral palsy yang berusia 7 tahun dan membekalkan suplemen kesihatan di samping keperluan lain untuk membantu salah satu keluarga yang anaknya didiagnos dengan penyakit saraf otak.

“Kami berbesar hati kerana keluarga-keluarga ini sudi menerima kedatangan kami ke rumah mereka. Kami berharap bantuan ini dapat serba sedikit membantu mobiliti anak mereka, seterusnya meningkatkan kesihatan, kesejahteraan dan kualiti hidup mereka secara keseluruhan,” kongsi Hanim.

Program ini diakhiri dengan sukarelawan Lotus’s Malaysia dan Lifebuoy Malaysia mengedarkan pek penjagaan yang diisi dengan barangan runcit dan produk penjagaan kebersihan diri yang bernilai kira-kira RM100 setiap satu kepada kesemua 660 individu dan keluarga di Pulau Sri Tanjung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: