Bisnes

MDEC perkenal IDEAKITA, pupuk syarikat teknologi baharu

CYBERJAYA – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital Malaysia di bawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM), hari ini memperkenalkan inisiatif IdeaKita untuk membangunkan dan memupuk 200 syarikat teknologi baharu menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz, berkata program berkenaan yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Malaysia Digital direka khusus bukan sahaja bagi membantu usahawan baharu menubuhkan syarikat teknologi mereka, tetapi juga sebagai pemangkin dan transformasi keupayaan serta kapasiti ekosistem
yang akan mempercepatkan lagi pertumbuhan ekonomi digital Malaysia.

“Lazimnya, apabila usahawan ingin memulakan perjalanan inovasi mereka, pakar industri hanya akan terlibat semasa proses akhir inovasi berkenaan dan ini menyebabkan berlakunya ketidakpadanan antara masalah yang ingin diselesaikan dengan inovasi yang telah direka bentuk.


“Justeru, menerusi program seperti MDEC Innovation Exchange (MIX), Funding Facilitation dan GAIN, telah menubuhkan rangkaian hubungan yang kukuh dalam kalangan pakar industri dalam membimbing bakal-bakal usahawan daripada aspek penjanaan idea dan pengesahan penyelesaian teknologi bagi memastikan ia relevan
dengan permintaan pasaran,” tambah Mahadhir.


IdeaKita menyediakan sokongan kepada para peserta melalui tiga perkara iaitu bimbingan industri, kesedaran Harta Intelek (IP) dan pembangunan produk berdaya maju minimum (MVP), selain menyediakan bengkel bersiri dan sesi latihan untuk membantu proses penjanaan idea.


IdeaKita telah memulakan kempen jelajah pendaftaran pada 29 Julai lalu di Universiti Taylor’s dan akan diteruskan ke seluruh negara bagi menarik dan merekrut lebih ramai bakal usahawan dengan mempamerkan latihan yang relevan serta bantuan yang boleh ditawarkan.

Selain itu, MDEC juga akan menganjurkan beberapa kempen jelajah di lokasi berikut:
– 5 Ogos 2022 – Digital Penang, Tingkat 3, Bangunan Wisma Yeap Chor Ee,
Pengkalan Weld, 10300 George Town, Pulau Pinang
– 14 Ogos 2022 – EduCity Hub, EduCity Iskandar, 79250 Iskandar Puteri, Johor
Darul Ta’zim
– 19 Ogos 2022 – Dewan Kinabalu Tingkat 5, Pusat Konvensyen Antarabangsa
Sabah (SICC), Tanjung Lipat, Jalan Tun Fuad Stephens, 88400 Kota
Kinabalu, Sabah
– 3 September 2022 – TEGAS Digital Village, Sama Jaya High Tech Park
Muara Tebas Land District, 93350 Kuching, Sarawak

Kempen ini akan diikuti dengan kem intensif selama sebulan, iaitu pada Oktober bagi memberi peluang para peserta membentangkan idea mereka dan MDEC akan menyediakan aplikasi, bengkel serta sesi bimbingan yang sesuai untuk membantu peserta membangunkan MVP yang disahkan oleh industri.

IdeaKita akan tamat pada bulan November dengan penganjuran majlis graduasi dan mereka akan diserapkan ke dalam inisiatif MDEC yang lain, antaranya seperti Malaysia Digital Hub (MDH), MDEC Innovation Exchange (MIX) dan Founders Gr ndstone.


Selaras dengan sektor tumpuan di bawah Malaysia Digital, inisiatif ini terbuka kepada pengasas yang merancang untuk membangunkan penyelesaian teknologi untuk industri seperti Perdagangan Digital, Pertanian Digital, Perkhidmatan Digital, Bandar Digital, Kesihatan Digital, Kewangan Digital, Kandungan Digital, Pelancongan Digital dan Ekonomi Digital Islam.


MDEC akan bekerjasama dengan agensi kerajaan di peringkat negeri seperti Digital Penang, EduCity Iskandar Johor, Pusat Kreatif Ekonomi dan Inovasi Sabah (SCENIC), Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) dan and Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) untuk menjayakan inisiatif ini.

IdeaKita telah diselaraskan untuk meningkatkan jumlah syarikat pemula kepada 5,000 menjelang 2025 dan telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada sembilan sektor tumpuan di bawah Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai program IdeaKita boleh dilayari melalui pautan
https://mdec.my/IdeaKita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: