Hiburan

Konsert Doa buat Zamani hadiah untuk peminat sebelum pembedahan tulang belakang

Kuala Lumpur – Penyanyi legenda, Zamani, 51, akan mengadakan Konsert Doa Buat Zamani di Zepp KL pada 30 September ini.

Vokalis Slam itu berkata, konsert tersebut bertujuan bertemu dengan peminatnya sebelum beliau bercuti panjang bagi operasi pembedahan tulang belakang yang dijadualkan pada November ini.

“Kita doakan baik-baik kerana saya juga tidak tahu apa yang akan berlaku.

“Jadi, ia diadakan agar peminat dapat mendoakan saya. Saya juga menjual tiket bagi mencari dana sampingan, tetapi apa yang penting niat mengadakan konsert untuk saya melepaskan rindu bertemu peminat.

“Konsert ini adalah persembahan solo dan akan ditampilkan juga nama-nama besar sebagai artis jemputan, Insya Allah, saya akan cuba dapatkan kumpulan Slam untuk memeriahkan lagi persembahan” ujarnya.

Zamani yang menderita penyakit skoliosis iaitu tulang belakang melengkung sejak 2015. Tulang belakangnya kini sudah mencucuk tulang rusuk dan menghimpit jantung di mana dia perlu melakukan pembedahan segera.

“Saya belum putuskan dimana pembedahan akan dilakukan namun sudah menyenarai pendek 2 buah hospital.

“Selepas pembedahan, saya akan fokus kepada rawatan fisio untuk memastikan tubuh badan dan kesihatan bertambah baik” tambahnya lagi.

Tiket menyaksikan Konsert Doa Buat Zamani Unplugged itu sudah mula dijual menerusi www.myticket.asia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: