Kuala Lumpur – Berikutan tular isu peniaga gerai nasi ayam dan nasi itik di Sungai Ara, Pulau Pinang, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melakukan siasatan lanjut dalam masa terdekat ini.
Peniaga gerai tersebut yang didakwa menjual makanan dari kedai bukan Islam itu bagaimanapun menafikannya dan memaklumkan telah menutup operasi gerai dalam satu video yang dimuat naik di media sosial.
Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid, berkata akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung status halal makanan yang dijual peniaga terbabit seperti yang tular, baru-baru ini.
“KPDNHEP akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga terbabit jika terbukti berlaku sebarang kesalahan di bawah bidang kuasa kementerian itu.
Jelasnya, isu tular itu mencetuskan kegusaran dan kemarahan orang awam kerana ia sangat berkait rapat dengan soal halal lebih-lebih lagi melibatkan makanan.
“Setakat ini, siasatan KPDNHEP Pulau Pinang mendapati peniaga terbabit tidak melakukan kesalahan dari sudut harga dan kebersihan, namun isu yang berlaku adalah berkenaan status halalpada makanan yang dijual” jelasnya selepas melancarkan kempen ‘Kopi Merdeka’ Tealive di pusat beli belah Pavilion, Kuala Lumpur.
Rosol turut menyarankan, pengguna perlu peka dalam memilih sajian halal serta memastikan setiap premis mempunyai logo halal yang sah.