Bisnes

Shopee Kongsi Impak yang Diwujudkan Rakyat Malaysia terhadap E-Dagang

KUALA LUMPUR – Sebuah kajian baharu yang melibatkan lebih 3,300 pembeli dan 2,100 penjual di seluruh Malaysia oleh platform pasaran dalam talian Shopee terhadap penggunanya, telah mengkaji kesan yang diwujudkan oleh rakyat Malaysia terhadap ekonomi menerusi tingkah laku membeli-belah dalam talian mereka. Tinjauan pasaran Celebrating the Heart of Malaysia on E-Commerce yang berlangsung dari 19 Julai hingga 17 Ogos 2022, mendapati bahawa bagi empat daripada sepuluh penjual tempatan, Shopee adalah satu- satunya saluran perniagaan mereka dalam ekonomi ini.

Kajian yang tepat pada masanya ini mengetengahkan kepentingan pendapatan yang dijana dalam talian. 45% daripada komuniti penjual Shopee yang ditinjau berkata bahawa platform tersebut membolehkan mereka menyara keluarga mereka (menyediakan keperluan hidup, pendidikan, keperluan gaya hidup), kira-kira 26% menabung dan melabur hasil pendapatan ini untuk masa depan, dan para responden yang lain menggunakannya untuk mengekalkan kehidupan yang lebih baik, memastikan kakitangan mempunyai pekerjaan, dan meningkatkan perkembangan peribadi mereka.

Lebih daripada lapan dalam sepuluh penjual yang mengambil bahagian mengaitkan kejayaan
jangka panjang kedai mereka bukan kepada diskaun yang ditawarkan, tetapi kepada pengalaman membeli-belah yang disesuaikan mengikut citarasa tempatan: ‘Proses pembelian
dan pemenuhan atau fulfilment yang sangat mudah’ di Shopee (34%), pengiktirafan produk Buatan Malaysia sebagai produk yang berpatutan dan berkualiti tinggi (23%), perkhidmatan pelanggan yang hebat (19%) dan kedai atau storefront yang dioptimumkan dengan alat pemasaran Shopee (9%).

“Tinjauan Celebrating the Heart of Malaysia on E-Commerce menekankan bagaimana penjual Malaysia terus berjaya dan membina keselamatan kewangan dengan menjual di pasaran dalam talian seperti Shopee. Ia merupakan sesuatu perkara yang penting bagi pemilik perniagaan untuk memahami bahawa pembeli-belah di Malaysia mempunyai motivasi selain daripada harga untuk membeli-belah dalam talian. Mereka dapat mewujudkan kesetiaan dan penglibatan yang lebih lagi dengan memadankan tawaran dan kandungan mereka dengan nilai pembeli,” kata Kenneth Soh, Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia.


Salah satu penemuan paling jelas menerusi kajian ini adalah walaupun ekonomi kini telah dibuka semula, sembilan daripada sepuluh pembeli di Malaysia masih gemar membeli-belah secara dalam talian. Malah, lebih separuh daripada pembeli di platform tersebut melihat aktiviti membeli-belah dalam talian sebagai sesuatu yang lebih kekal: 21% merasakan ia sudah menjadi kebiasaan, 17% mengatakan mereka boleh mencari stok yang tersedia dalam talian dengan mudah dan 14% ingin mengakses pilihan yang tidak dapat dibeli secara luar talian di lokasi mereka. 43% daripada pembeli menghargai membeli-belah secara dalam talian bagi membandingkan harga dalam persekitaran inflasi ini.


Penghantaran barangan yang lebih pantas merupakan sebab utama bagi pembeli di Malaysia untuk membeli-belah daripada penjual tempatan (42% daripada pembeli). 20% ingin menyokong barangan Buatan Malaysia demi memastikan ekonomi kekal rancak dalam negara, 19% mempunyai keutamaan untuk produk yang disesuaikan mengikut citarasa tempatan dan 11% percaya pada kualiti barangan yang dihasilkan daripada sumber tempatan dan barangan Buatan Malaysia.

Tidak semua pembeli hanya mengutamakan diskaun dan baucar. Malah, tujuh daripada sepuluh pembeli di Malaysia mengaitkan pembelian dalam talian bersama Shopee dengan aktiviti yang menenangkan fikiran. 40% menyatakan ini sebagai ‘keselesaan dan fleksibiliti untuk menerima bungkusan di rumah’. 17% berasa lebih selamat kerana ‘Jaminan Shopee memastikan transaksi saya selamat dan terjamin kerana wang tidak dihantar kepada penjual sehingga saya mengesahkan penerimaan pesanan’ dan 10% mengkaji ulasan dan gambar yang ditinggalkan oleh pelanggan lain.

Kajian tersebut, yang akan dikongsi dengan lebih terperinci pada 25 Ogos 2022, juga mendalami aspek penting tentang jumlah penjimatan yang dinikmati pembeli di Malaysia secara dalam talian, peranan penjimatan ini dalam persekitaran ekonomi semasa, serta perkara yang mendorong pilihan penjual mereka. Penemuan kajian boleh digunakan oleh perniagaan-perniagaan untuk membina kesetiaan jangka panjang bersama pengguna. ‘Celebrating the Heart of Malaysia on E-Commerce’ Shopee Malaysia adalah yang pertama dalam sebuah siri dan akan ditingkatkan dengan lebih lagi dalam beberapa bulan akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: