Terkini

Bekas pengarah BNS dituduh pecah amanah RM21 juta

Kuala Lumpur – Bekas pengarah urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan pecah amanah membabitkan dana syarikat berjumlah lebih RM21 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

Tertuduh yang juga bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), didakwa meluluskan tiga pembayaran berjumlah RM21.08 juta kepada tiga syarikat berbeza tanpa kelulusan lembaga pengarah BNS.

Memetik laporan Astro Awani, pertuduhan pertama Ahmad Ramli, 78, didakwa meluluskan pembayaran berjumlah RM13,541,140 kepada akaun Syarikat Setaria Holding Limited di Standard Chartered Bank, 6 Battery RD, Singapore 049909, antara 9 April hingga 4 Mei 2011.

Pertuduhan kedua, dia didakwa meluluskan pembayaran berjumlah RM1,360,716 ke akaun Syarikat JSD Corporation Pte Ltd nombor 503-027963-201 di The Overseas-Chinese Banking Corporation Limited, 65 Chulia Street, OCBC Centre, Singapore 049513, antara 19 April hingga 4 Mei 2011.

Manakala bagi pertuduhan ketiga, dia idakwa meluluskan pembayaran berjumlah RM6,182,295 ke akaun Syarikat Sousmarin Armada Ltd. nombor 017-0283-860 USD di Standard Chartered Bank, 6 Battery Road, Singapore 049909, antara 28 Oktober hingga 22 November 2020.

Tertuduh didakwa meluluskan pembayaran untuk ketiga-tiga transaksi tersebut tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah BNS, menjadikan ia satu kesalahan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum sehingga 20 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Ahmad Ramli bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Suzana Hussain.

Pertuduhan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shahruddin Wan Ladin dan Ahmad Akram Gharib, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Ahmad Ramli kemudian dibenarkan diikat jamin sebanyak RM500,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan pada 24 November ini untuk sebutan semula.

Tertuduh juga diarah menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga selesai perbicaraan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: