Ampang – Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Selangor (PGIR) menuntut kerajaan membenarkan permohonan Pengeluaran Khas KWSP 2.0 yang disasarkan mengikut kategori kepada mereka yang memerlukan.
Presidennya, Azmi Mohd Tahir berkata, desakan itu dibuat berikutan penerimaan lebih 134,000 borang aduan meminta pengeluaran caruman berikutan kenaikan kos sara hidup.
“Dalam tempoh dua minggu dari 17 Julai hingga 31 Julai 2022, kami membuka borang aduan pencarum di platform media sosial dan mendapati hanya 134,903 aduan diterima daripada pencarum manakala 2.8 juta netizen melihat borang tersebut.
“Dengan itu, kita akan mengutamakan mereka yang membuat aduan ini. PGIR akan terus bergerak membawa suara rakyat ini untuk bertemu Perdana Menteri” jelasnya lagi.
Antara empat cadangan tuntutan pengeluaran yang dikemukakan ialah suri rumah dan ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan serta bekas pekerja swasta yang tidak lagi mencarum, berhenti secara sukarela atau tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Selain itu, pencarum kumpulan B40 dan M40 berumur 54 tahun ke bawah yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 melebihi RM20,000 dibenarkan mengeluarkan 30 peratus daripada akaun tersebut.
Manakala pencarum yang mempunyai baki Akaun 1 kurang daripada RM20,000 dibenarkan mengeluarkan keseluruhan simpanan mereka dan meninggalkan sebanyak RM200 dalam
Azmi berkata demikian pada sidang media di pejabat BND Legacy, Desa Pandan di sini hari ini.
Antara empat cadangan tuntutan pengeluaran yang dikemukakan ialah suri rumah dan ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan serta bekas pekerja swasta yang tidak lagi mencarum, berhenti secara sukarela atau tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Selain itu, pencarum kumpulan B40 dan M40 berumur 54 tahun ke bawah yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 melebihi RM20,000 dibenarkan mengeluarkan 30 peratus daripada akaun tersebut.
Manakala pencarum dengan baki Akaun 1 kurang daripada RM20,000 dibenarkan mengeluarkan keseluruhan simpanan dan meninggalkan sebanyak RM200 di dalamnya.
Dalam masa sama, PGIR sekali lagi membuka peluang bagi mana-mana pencarum yang terlepas mengisi borang aduan sebelum ini untuk berbuat demikian bermula hari ini.
“Kami buka kembali borang aduan KWSP 2.0 bermula hari ini selama 10 hari, kepada yang tidak mengisi sebelum ini silalah ambil peluang yang ada untuk mengisinya” ujarnya.
Setakat ini, seramai 152,912 permohonan telah diterima sejak borang mula dibuka sekitar jam 5 petang tadi.

Memerlukan kewangan , m40
saya mahu keluarkan kwsp
saya mahu keluarkan kwsp
Saya suri rumah sudah lama tidak bekerja dan pendapatan suami saya tidak cukup untuk keperluan harian keluarga saya mohon bantuan kami
Saya mohon sangatlah dapat membantu
Saya memang memerlukan bantuan dari pihak kerajaan untuk membenarkan lg pengeluaran KWSP ,Klau kerajaan membenarkan serba sedikit dpt membantu saya menyelesaikan utang2 yg tertunggak.
Membantu bayar sewa rumah
Membantu bayar sewa rumah keluarga
Perbelanjaan harian isi keluarga
Tangungan adik sekolah
V need our own money
Saya ketua kluarga, ada anak skolah, tiada keje tetap.. sgt2 memerlukan duit untuk kelangsungan hidup seterusnye.. dgn harga brg n mkn smua naik sgt2 tinggi.. yg susah trus susah… Yg kaya brtambah kaya.. mmg terkesan sgt2 utk glongan B40 mcm kami ni..
Kami sgt2 memerlukan duit di waktu brg smua naik mendadak skrg ni… Saya tiada kerja tetap… Kais pagi mkn pagi… Tlg la kasihani kami yg memohon ni, dengarkan lah rintihan kami yg tgh betul2 memerlukan waktu ini wahai pihak2 kerajaan…
Tuntut pengeluaran KWSP 2.0
Harap secepat yg mungkin
Thank you !
Saya setuju untuk mengelurkan caruman kwsp untuk menampung perbelanjaan saya dan melunaskan segala hutang yang tertunggak harap dpt membantu saya
Saya mahu pengeluaran kwsp 2.0 dikeluarkan….harap pihak tuan puan blh bantu saya…saya terkesan disebabkan pkp dan perlu menanggung hutang rumah dan bayar kereta…dan jugak perlu menanggung pembelanjaan rumah tangga. Saya harap pihak tuan dapat membantu sy
Pengeluaran kwsp untk rakyat yg sedang menanggung kos Sarah hidup.Harga barang samakin mahal rakyat terkesan
Tuntutan pengeluaran KWSP utuk rakyat yg terkesan
Saya nak keluar kwsp untuk memulih kan ekonomi keluarga
Tuntutan pengeluaran KWSP utuk rakyat Malaysia yang terkesan
Saya nk bayar hutang moto sebab saya baru Keja x ada gaji lagi kwsp 2.0
Menyokong penuh untuk pengeluaran EPF bagi meringankan beban
Harap pengeluaran khas 2.0 dpt membantu merengankan beban hutang2 yg masih lagi tertunggak…
KWSP bkn Simpanan untuk Hari Tua sahaja tetapi Simpanan Untuk Hari Susah jg.
Selepas lbh 2 Tahun Negara di Belenggu COVID-19 Ramai Rakyat yg Terkesan trmasuk yg Hilang Pekerjaan & Tutup Perniagaan. Peluang² Pekerjaan pun terhad & Pemohon yg BerUmur 45Thn ke atas susah utk mendapat Pekerjaan di atas Faktor Usia.
Kehidupan & Kelangsungn Hidup Harus di Teruskn. Ank² Perlu Pelajaran & Kos Sara Hidup Semakin Meningkat trmasuk Harga Barangn Keperluan Semakin Mahal. Justeru itu Kami Memohon Pengeluaran KWSP utk Menampung Kehidupan Kami & Kami Tidak Boleh Mengharap Bantuan serta Subsidi Kerajaan yg Tidak Seberapa itu Sahaja.
Sekian T.Kasih
DinPalong
tiada wang pendapatan
ingin memohon pengeluaran kwsp 2.0
Baik
Pengeluaran KWSP 2.0
Sebagai seorang ibu tunggal,saya pasti wang caruman kwsp ini dapat membantu serba sedikit dari segi kewangan untuk kelangsungan hidup.
Memerlukan bantuan kewangan
Harap KWSP 0.2 cepat di luluskan oleh kerajaan …kerana saya SGT2 memerlukan
We want KWSP 2.0 to be approved
Satu tahun terjejas sejak bermula pendemik sampai kehilangan kerja dan kami sekeluarga pernah terkena covid
We would like to request for KWSP 2.0 to be approved for all the contributions.
Thank you
Pengeluaran KWSP untuk kelangsungan hidup dan selesai kan utang piutang
Saya berharap KWSP 2.0 Ini di luluskan kerana kami sangat2 memerlukan.
Saya OKU Nak keluar duit kwsp
Nak keluar duit kwsp
Saya mengunakan duit kwsp 2.0 untuk membayar hutang yang tertanguh…
Masalah perniagaan….yg mana custmr kurang,jadi Sy sgt² memerlukan duit KWSP untuk menampung perbelanjaan hari….anak 3 org masih lg bersekolah