Terkini

PGIR komited tuntut pengeluaran KWSP 2.0, terima lebih 150,000 permohonan baru

Ampang – Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Selangor (PGIR) menuntut kerajaan membenarkan permohonan Pengeluaran Khas KWSP 2.0 yang disasarkan mengikut kategori kepada mereka yang memerlukan.

Presidennya, Azmi Mohd Tahir berkata, desakan itu dibuat berikutan penerimaan lebih 134,000 borang aduan meminta pengeluaran caruman berikutan kenaikan kos sara hidup.

“Dalam tempoh dua minggu dari 17 Julai hingga 31 Julai 2022, kami membuka borang aduan pencarum di platform media sosial dan mendapati hanya 134,903 aduan diterima daripada pencarum manakala 2.8 juta netizen melihat borang tersebut.

“Dengan itu, kita akan mengutamakan mereka yang membuat aduan ini. PGIR akan terus bergerak membawa suara rakyat ini untuk bertemu Perdana Menteri” jelasnya lagi.

Antara empat cadangan tuntutan pengeluaran yang dikemukakan ialah suri rumah dan ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan serta bekas pekerja swasta yang tidak lagi mencarum, berhenti secara sukarela atau tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Selain itu, pencarum kumpulan B40 dan M40 berumur 54 tahun ke bawah yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 melebihi RM20,000 dibenarkan mengeluarkan 30 peratus daripada akaun tersebut.

Manakala pencarum yang mempunyai baki Akaun 1 kurang daripada RM20,000 dibenarkan mengeluarkan keseluruhan simpanan mereka dan meninggalkan sebanyak RM200 dalam

Azmi berkata demikian pada sidang media di pejabat BND Legacy, Desa Pandan di sini hari ini.

Antara empat cadangan tuntutan pengeluaran yang dikemukakan ialah suri rumah dan ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan serta bekas pekerja swasta yang tidak lagi mencarum, berhenti secara sukarela atau tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Selain itu, pencarum kumpulan B40 dan M40 berumur 54 tahun ke bawah yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 melebihi RM20,000 dibenarkan mengeluarkan 30 peratus daripada akaun tersebut.

Manakala pencarum dengan baki Akaun 1 kurang daripada RM20,000 dibenarkan mengeluarkan keseluruhan simpanan dan meninggalkan sebanyak RM200 di dalamnya.

Dalam masa sama, PGIR sekali lagi membuka peluang bagi mana-mana pencarum yang terlepas mengisi borang aduan sebelum ini untuk berbuat demikian bermula hari ini.

“Kami buka kembali borang aduan KWSP 2.0 bermula hari ini selama 10 hari, kepada yang tidak mengisi sebelum ini silalah ambil peluang yang ada untuk mengisinya” ujarnya.

Setakat ini, seramai 152,912 permohonan telah diterima sejak borang mula dibuka sekitar jam 5 petang tadi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: