Terkini

GEG bagi vape beri persepsi yang salah

KUALA LUMPUR – Pakar pengurangan kemudaratan tempatan dan antarabangsa telah berkongsi informasi mengenai potensi vape sebagai alat berhenti merokok yang berkesan baru-baru ini, di dalam sebuah forum “Managing Smoking Addiction in Malaysia” yang dianjurkan oleh Malaysia Society for Harm Reduction (MSHR).


Forum itu menampilkan pakar terapi ketagihan tempatan, Dr Arifin Fii, iaitu Presiden Advanced Centre for Addiction Treatment Advocacy (ACATA), pakai antarabangsa yang juga merukan Perunding Emeritus di Hospital St Vincent’s, Dr Alex Wodak AM dan Pengarah Pusat Perubatan Kognitif di Jabatan Psikiatri di Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt, Amerika Syarikat.


Sesi tersebut dikendalikan oleh Professor Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh, Pengerusi MSHR and seorang Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat dan Pakar Ekonomi Kesihatan dari Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


“Wabak merokok membimbangkan kerana Malaysia merekodkan kelaziman 40.2% perokok lelaki pada 2020. Segalanya dikaitkan dengan tembakau haram yang berleluasa,” kata Profesor Sharifah Ezat dalam ucapan pembukaannya. Beliau menambah “Inovasi baharu yang muncul sebagai produk berhenti merokok yang kurang memudaratkan dan terbukti berkesan seperti vape dan produk tembakau yang dipanaskan boleh didapati walaupun tidak dikawal dengan baik di Malaysia”.


Bercakap pada forum, Professor Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, “Konsep pengurangan kemudaratan adalah baharu dalam pencegahan dan kawalan tembakau tetapi digunakan dengan meluas dalam terapi penggantian dadah. Ia banyak diamalkan di beberapa negara maju, kaedah pengurangan kemudaratan menggunakan produk berisiko yang dikurangkan (RRPs) digunakan di Jepun, New Zealand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia walaupun terdapat beberapa peraturan berkaitan cecair, pengiklanan dan pelabelan.

GEG yang disyorkan oleh kerajaan, sebagai tambahan kepada larangan merokok sepenuhnya, juga mencadangkan larangan ke atas produk berisiko rendah (tidak seperti New Zealand yang membenarkan penggunaan vape untuk umur 18 tahun dan ke atas).


“Larangan sepenuhnya bukan tidak ada risiko, kerana ini boleh mengakibatkan pasaran tembakau dan vape haram meningkat kerana permintaannya mungkin sangat besar.”
“Jika vape dibenarkan dalam kalangan perokok yang tidak berniat untuk berhenti atau mereka yang tidak memberi tindak balas terhadap kaedah tradisional seperti NRT, ia boleh memberi manfaat dari segi mengurangkan kemudaratan tembakau dan mengurangkan populasi perokok.


Berdasarkan anggaran, kadar perokok di Malaysia akan menurun daripada 4.88 juta pada 2019 kepada 4 juta pada 2025 atas pelbagai sebab termasuk penggunaan vape. Statistik ini selari dengan data beberapa negara yang membenarkan penggunaan vape sebagai strategi mengurangkan risiko tembakau, selain terapi penggantian nikotin. Walau bagaimanapun, peraturan cecair vape adalah penting, kerana campuran produk terlarang mungkin menyebabkan wabak EVALI, kerana penggunaan VEA dan THC mungkin berleluasa.”


“MSHR percaya bahawa dasar generasi penamat (GEG) yang dicadangkan oleh KKM mungkin berkesan tetapi melarang RRP, akan menjadi perlaksanaannya tidak produktif, kerana ia meletakkan vape sama berbahaya seperti rokok. Perokok juga tidak mempunyai sebarang alternatif untuk beralih kepada alternatif yang lebih selamat.


Sentimen ini juga disuarakan oleh Dr Arifin Fii, Presiden ACATA. Bercakap selepas forum itu, beliau berkata, “Terdapat banyak bukti yang boleh dipercayai yang tidak boleh dipertikaikan menunjukkan faedah vape sebagai alat berhenti merokok. Malangnya, fakta ini tidak diberi pertimbangan sewajarnya dalam penggubalan Rang Undang-undang Kawalan Tembakau dan Merokok, dan khususnya dasar GEG.”


“Pada pendapat saya, ini adalah petunjuk yang jelas bahawa usaha yang diperuntukkan untuk mengkaji semula Rang Undang-undang sebelum pelaksanaannya tidak mencukupi. Kita tidak boleh lalai dalam membangunkan dan melaksanakan dasar yang begitu penting, kerana akibatnya boleh menjadi teruk.”


“Oleh itu, syor saya ialah, menangguhkan pelaksanaan Rang Undang-undang dan ambil masa untuk mengkaji dengan teliti dan mempertimbangkan semua data yang ada. Vape tidak sekali-kali dimaksudkan untuk tujuan rekreasi atau untuk anak-anak muda. Masa yang ada itu juga membolehkan Malaysia mengkaji daya maju vape sebagai alat pengurangan kemudaratan di negara ini. Risiko vape sentiasa dibandingkan dengan rokok. Semakan lengkap mestilah berdasarkan data negara lain yang telah menunjukkan kejayaannya seperti United Kingdom, New Zealand dan Jepun”


Dalam menghuraikan keberkesanan vape sebagai alat berhenti merokok, Dr Alex Wodak AM, Perunding Emeritus, Hospital St Vincent, Sydney, dalam pembentangannya berkata “Cara konvensional cuba mengurangkan merokok di seluruh dunia tidak begitu berjaya. Segala-galanya berubah apabila orang ramai digalakkan untuk beralih kepada vape.”


“Vape sekurang-kurangnya 95% kurang memudaratkan daripada merokok. Terdapat beberapa organisasi terkemuka yang telah membuat anggaran itu. Vape juga merupakan bantuan berhenti merokok yang paling popular di peringkat antarabangsa, dan mungkin di Malaysia. Kami tidak tahu secara pasti, tetapi buat masa ini nampaknya vape adalah bantuan berhenti merokok yang paling berkesan yang kami ketahui.”


“Jika kita melihat penurunan kadar merokok di negara yang mempunyai kadar vape yang tinggi, kadarnya akan menurun dengan lebih pantas dengan bantuan vape. Pada tahun 2013 sebagai contoh, Australia mempunyai kadar merokok yang lebih rendah daripada Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan New Zealand. Hanya beberapa tahun kemudian, vape telah diperkenalkan di tiga negara lain ini, dan berlaku di Australia. Kadar merokok menurun hanya 0.3% di Australia, dan penurunan mesti lebih cepat di AS, UK dan New Zealand .”


Dalam pembentangannya, Profesor Dr Paul Newhouse, Pengarah Pusat Perubatan Kognitif di Jabatan Psikiatri di Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt bercakap mengenai kemas kini semasa kesan nikotin terhadap gangguan neuropsikiatri dan penyakit neurodegeneratif. Berdasarkan keputusannya, beliau berkata, “Nikotin, boleh menjadikan otak berfungsi dengan lebih cekap, walaupun kaedah penyampaian sangat dititrasi, dos rendah dan melalui tampalan kulit yang lebih selamat dan lain-lain (tidak melalui penyedutan). Nikotin pada asasnya memberikan peningkatan kecekapan tambahan kepada fungsi otak.”


Dia menambah bahawa “kami baru mula meneroka sepenuhnya aspek potensi rangsangan nikotin pada otak manusia,” dan lebih banyak kajian perlu dilakukan dalam ruang ini.


Nikotin kini digunakan dalam rawatan penyakit seperti Alzheimer, Demensia, Skizofrenia dan Autisme. Potensi baharu juga tersedia dalam asas percubaan klinikal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: